pewarnaan | pewarnaan | Kesenian | Tiada | Proses mewarnakan daun mengkuang atau pandan mengikut warna yang dikehendaki. |
Christmas tree staining | pewarnaan pokok Krismas | Sains Forensik | Tiada | Kaedah pewarnaan yang digunakan untuk mewarnakan spermatozoa dalam pemeriksaan serologi forensik. Kaedah ini melibatkan langkah pewarnaan dengan warna utama diikuti dengan pewarnaan balas. Pewarna yang dikenali sebagai nuclear fast red akan mewarnakan kepala spermatozoa yang kaya dengan DNA menjadi warna merah. Ini diikuti dengan pewarnaan balas dengan menggunakan pewarna yang dikenali sebagai PIC (picric acid-indigocarmine) yang akan mewarnakan ekor spermatozoa menjadi warna hijau kebiruan. |
intrinsic colouring | pewarnaan intrinsik | Perubatan | Tiada | Pewarnaan yang terjadi akibat pigmen yang terdapat dalam bahan prostesis itu sendiri. |
staining | pewarnaan; pemeradaan; pelumuran | Kesenian | Tiada | 1. Pewarnaan: Teknik mewarna kayu tanpa melitupi jalinan atau iranya dengan menyapu pencelup atau pewarna lutsinar. |
sap stain | pewarnaan sap | Biologi | Patologi | Pewarnaan sap kayu, setelah dibelah atau dikerat, yang nampak akibat serangan kulat patogen. |
dyeing | pewarnaan; pencelupan | Sosiologi | Tiada | 1. Proses mewarnai sesuatu dengan mencelup atau merendamkannya di dalam larutan yang mengandungi bahan pewarna.,2. Hasil daripada proses pewarnaan, misalnya warna yang terhasil. |
hypochromasia | hipokromasia | Perubatan | Tiada | 1. Keadaan pewarnaan yang kurang daripada biasa.,2. Pengurangan hemoglobin di dalam eritrosit, menjadikan pewarnaan yang pucat. |
pigmentation | pempigmenan | Biologi | Fisiologi | 1. Pengenapan bahan pewarna; pewarnaan atau penyahwarnaan bahagian organisma oleh pigmen. 2. Pertambahan pewarnaan secara abnormal oleh melanin. |
counter stain | pewarnaan balas | Sains Forensik | Tiada | Proses mewarnakan spesimen dengan pewarna kedua supaya menonjolkan latar belakang dan menyerlahkan bahan sel yang lain. Contohnya, dalam ujian forensik serologi, spermatozoa diwarnakan dengan pewarna utama, iaitu warna merah di bahagian kepala sperma, diikuti dengan pewarnaan balas menggunakan warna hijau di bahagian ekornya. |
tetracycline staining | pewarnaan tetrasiklin | Pergigian | Tiada | Penstainan pada gigi desidus atau kekal yang disebabkan pengambilan antibiotik tetrasiklin oleh ibu mengandung semasa peringkat pembentukan korona gigi desidus, atau pengambilannya oleh kanak-kanak yang berusia antara 1 - 12 tahun semasa pembentukan korona gigi kekal. Oleh sebab kejadian pewarnaan tetrasiklin dipengaruhi faktor masa pembentukan korona, maka penstainan ini dikenali sebagai penstainan kronologikal. Gigi yang terstain ini akan kelihatan berbelang kuning dan boleh dirawat menggunakan venir atau korona. |