Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.da.to] | ڤيداتو

Definisi : 1. ucapan yg disampaikan kpd khalayak ramai: lebih drpd itu ia dapat juga diakui sbg seorang ahli ~ yg mempunyai bakat istimewa; 2. ark ceramah yg membicarakan se­suatu perkara; berpidato menyampaikan pidato: dia memang sudah biasa ~; kemahiran ~; mempidatoi memberi pidato kpd, berpidato kpd: aku ~ perkumpulan pemuda pd waktu malam; mempidatokan membincangkan dlm pidato; pemidato orang yg berpidato. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.da.to] | ڤيداتو

Definisi : ucapan atau syarahan yg diberikan di hadapan orang ramai: Beliau telah memulakan ~nya dgn pekikan “Merdeka”. berpidato menyampaikan pidato; bersyarah; berucap: Dia memang pandai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pidato (kata nama)
Bersinonim dengan ucapan, syarahan, khutbah, ceramah, kuliah;,
Kata Terbitan : berpidato, pemidato,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perorationpenggulungan pidatoKesusasteraanTiadaBahagian akhir penggulungan pidato, ucapan atau wacana; apa yang berlaku terdahulu yang menunjukkan bagaimana pemidato Yunani dan Roman suka menggunakan dalam sesuatu perbahasan.
stylisticsstailistikaKesusasteraanTiadaKajian gaya penulisan dan ujaran yang menggunakan wacana dan konsep yang ditetapkan oleh disiplin ilmunya. Stailistika pada zaman moden merupakan perkembangan daripada kajian retorik dan pidato pada zaman sebelumnya. Minat terhadap kajian gaya penulisan ini meluas di Eropah pada awal abad ke-30, dan dipelopori di Britain dan U.S.A. pada tahun 1960-an. Stailistika berkait rapat dengan kritikan praktikal yang memusatkan kritikan kepada analisis teks. Kedua-dua kaedah ini berkongsi matlamat yang sama, iaitu meneliti ciri formal (bukan isi) bahasa yang digunakan. Apabila linguistik dimanfaatkan dalam kritikan sastera, bidang ini dikenali sebagai stailistika sastera. Sebaliknya, apabila kajian stailistika tidak berfokus pada kajian sastera tetapi pada penciptaan kaedah atau model untuk analisis bahasa, bidang itu dikenali sebagai stailistika linguistik.

Kembali ke atas