vitiligo | vitiligo | Perubatan | Tiada | Gangguan pigmentasi yang dicirikan oleh pemusnahan melanosit lalu menyebabkan munculnya tompok-tompok tanpa pigmen pada kulit. |
hypopigmentation | hipopigmentasi | Perubatan | Tiada | Pengurangan secara abnormal pigmentasi. |
xeroderma pigmentosa | xeroderma pigmentosa | Perubatan | Tiada | Sejenis penyakit pigmentasi yang terwaris, yang menyebabkan kulit dan mata menjadi amat sensitif terhadap cahaya sehingga membawa maut. Penyakit ini jarang-jarang berlaku dan bermula pada peringkat kanak-kanak dan seterusnya mencetuskan telangiektasis, keratosis, papiloma, karsinoma dan melanoma. |
Aleutian mink | mink Aleutian | Biologi | Genetik | Mutasi resesif autosom pada Mustela vision yang menghasilkan pigmentasi cair pada bulu dan mata. Homozigot menunjukkan kecacatan lisosom sama seperti yang terdapat pada sindrom manusia yang dinamai Chediak-Steinbrink-Higashi. |
retinitis pigmentosa | retinitis pigmentosa | Perubatan | Tiada | Penyakit yang selalunya diwarisi, yang ditunjukkan dengan sklerosis retina secara progresif dan diiringi dengan atrofi dan pigmentasi. Medan penglihatan berkurangan dan pengelompokan pigmen serta perubahan pembuluh darah berlaku pada retina. |