Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.jar] | ڤيجر

Definisi : 1. merah menyala kerana terbakar (logam); 2. pecahan logam yg menyala; besi ~ besi yg merah menyala waktu ditempa; lampu ~ lampu elektrik yg berisi dawai menyala; mangkuk ~ bekas yg digunakan utk membakar logam; 3. berasa seakan-akan panas kulit kerana lama memegang cili (terutamanya cili yg sudah ditumbuk); 4. panas betul (minyak): lumuri daging dgn rempah dan goreng dlm minyak yg telah ~; berpijar-pijar berapi-api spt pijar; memijar 1. membakar (logam) sehingga lembut; 2. ki mengeluarkan bahang (kepanas­an): di ufuk barat, matahari menghantarkan sinarnya yg tak lagi ~; memijarkan membakar besi (logam) utk menjadikan pijar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.jar] | ڤيجر

Definisi : sj damar utk menghan­curkan pateri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.jar] | ڤيجر

Definisi : 1 merah menyala warnanya kerana terbakar (bkn logam). 2 pecahan logam yg menyala: besi ~ besi yg merah menyala dan berpecah-pecah ketika ditempa. 3 panas betul (bkn minyak dll): Goreng daging itu dlm minyak yg telah ~. berpijar-pijar berapi-api spt pijar: Ekor kelip-kelip spt ~ pd waktu malam. memijar menjadi pijar. memijarkan 1 membakar (logam dsb) sehingga pijar. 2 memanaskan (minyak) hingga pijar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pijar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sintered glass cruciblemangkuk pijar kaca bersinterKimiaKimia AnalisisMangkuk pijar yang dilengkapi dengan kaca bersinter di tengah-tengahnya yang digunakan sebagai penuras.
Gooch cruciblemangkuk pijar GoochKimiaKimia AnalisisPenapis yang terdiri daripada cawan porselin yang mempunyai lubang-lubang kecil pada dasarnya dan ditutupi oleh satu lapisan nipis gentian asbestos yang bertindak sebagai medium penurasan. Ia juga dinekali sebagai penuras Gooch.
incandescent filament lamplampu filamen pijarKimiaKimia AnalisisLampu yang cahayanya dihasilkan melalui pemanasan suatu filamen seperti filamen wolfram oleh pengaliran arus elektrik.
line spectrumspektrum garisKimiaKimia AnalisisSpektrum yang terdiri daripada garis-garis tajam yang berasal daripada sinaran gas pijar. Garis-garis ini dihasilkan oleh perubahan tenaga apabila elektron berpindah daripada aras tenaga yang tinggi kepada aras tenaga yang rendah. bd. spektrum selanjar.

Kembali ke atas