Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.kat] | ڤيکت

Definisi : ; memikat 1. menangkap burung dll dgn menggunakan burung lain yg jinak, men­jebak: berburu kerbau jalang, dan ~ ayam hutan; 2. memerangkap (musuh dll), memancing: tingkap itu sengaja dibuka utk ~ pencuri masuk; 3. melakukan sesuatu supaya seseorang (sesuatu) tertawan atau tertarik hati: seorang anak muda mata keranjang telah ~ Minah; ~ hati memujuk-mujuk dan menarik­-narik hati: lagu-lagu Minang moden makin ~ hati pendengar; terpikat kena pikat, tertarik (hati): aku segera ~ oleh seluruh gerak-gerinya; pikatan burung (orang dll) yg telah dipikat; pemikatan perihal (proses atau perbuatan) memikat: pepatung jantan terbang ke arah pepatung betina dlm proses ~; pemikat 1. orang yg memikat; 2. burung (orang dll) yg digunakan utk memikat; ~ hati penarik (penawan) hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.kat] | ڤيکت

Definisi : sj lalat besar yg mengerumuni (kerbau, lembu, dll), langau; pening ~ pening yg tidak kuat; spt ~ kehilangan mata prb bingung tidak tentu arah (kehilangan akal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.kat] | ڤيکت

Definisi : ; memikat 1 menangkap burung dll dgn menggunakan burung yg jinak sbg denak: Ketika di kampung dahulu, saya suka benar ~ burung serindit bersama kawan-kawan. 2 melakukan sesuatu utk menarik minat atau utk menarik hati orang: Dia berjaya ~ gadis yg dicintainya itu. terpikat telah dipikat; tertarik hatinya: Setiap perempuan yg terpandang kpdnya akan ~. pemikat 1 orang yg memikat: ~ burung. 2 burung dll yg digunakan utk memikat; denak; umpan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pi.kat] | ڤيکت

Definisi : lalat besar yg biasanya mengerumuni lembu atau kerbau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pikat
Kata Terbitan : memikat, terpikat, pemikat,

Puisi
 

Encik Mat memikat tekukur,
     Pikat mari Tanjung Jati;
Lautan besar pulau bertabur,
     Siapa tengok bersayu hati sayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
horseflypikatBiologiEntomologiSerangga dwisayap yang besar dalam famili Tababidae. Serangga betina dewasa menghisap darah dengan menggunakan bahagian mulut yang merupakan gabungan cara menikam nyamuk dan cara makan-turas langau hijau.
horseflylalat pikatPerhutananTiadaTiada
blowfly/ bluebottlepikat biruBiologiEntomologiLalat dalam famili Calliphoridae, yang menyerupai lalat rumah, tetapi lebih besar saiznya. Badan serangga ini berwarna biru tua dan berbulu hitam, dan matanya berwarna perang kemerahan. Larvanya memakan bangka, daging, atau keju.
metal lurepikat logamPerikananTiadaLihat gewang logam.
light lurecahaya pikatPerikananTiadaTiada
advertisement callpanggilan pikatBIOLOGITiadaBunyi seperti bunyi cengkerik yang dikeluarkan oleh katak jantan dewasa untuk memikat katak betina.
pick-up line/ chat-up linekata pikatSosiologiTiadaKomunikasi dengan niat untuk melibatkan orang yang tidak dikenali dengan menggunakan kata-kata atau ayat lucu dan romantik untuk menarik perhatian dan membuat janji temu.
metal luregewang logamPerikananTiadaGewang yang berbentuk seakan-akan ikan, sotong atau sudu yang diperbuat daripada logam dan diikat bersama-sama dua atau tiga mata kail berganda tiga. Gewang ini dilontar dan ditarik ke dalam air untuk menarik perhatian ikan pemangsa. Sinonim pikat logam.

Kembali ke atas