Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.két] | ڤيکيت

Definisi : (pikét) mogok dgn menghalang orang lain bekerja (mengajak orang lain jangan be­kerja): buruh kilang itu akan mengadakan ~; berpiket mengadakan piket. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.két] | ڤيکيت

Definisi : (pikét) IB anggota-anggota tentera yg sedang berjaga pd malam hari (di pejabat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.két] | ڤيکيت

Definisi : /pikét/ perbuatan tidak mahu bekerja serta mengajak orang lain supaya tidak bekerja atau menghalang orang lain drpd bekerja: Pagi tadi sekumpulan pekerja kilang itu telah mengadakan ~. berpiket menjalankan atau mengadakan piket. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
piket (kata nama)
Bersinonim dengan mogok, pemogokan, tunjuk perasaan, bantahan, protes, pemulauan, sabotaj.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
picketpiketEkonomiTiadaPerhimpunan pekerja di luar tempat kerja dengan pelekat dan sepanduk yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka untuk tontonan umum.
picketpiketEkonomiTiadaTiada
flying picketpiket gerakPentadbiranTiadaSekumpulan individu atau orang perseorangan yang boleh dihantar ke mana-mana tempat kerja untuk berpiket dengan notis dalam tempoh masa yang pendek.
collective actiontindakan kolektifPentadbiranPentadbiran Awam

Langkah yang diambil secara bersama oleh kumpulan individu dalam organisasi bertujuan untuk menunjukkan kesepakatan dan kesepaduan anggota bagi memenuhi keperluan, tujuan dan hasrat kelompok tersebut. Tindakan ini boleh berlaku dalam dua bentuk, (i) kelompok yang melaksanakan sesuatu tindakan berasaskan agenda yang telah dipersetujui secara bersama bagi memenuhi sesuatu matlamat dan kepentingan awam. Tindakan ini berlaku hasil dari musyawarah, rundingan dan muafakat. (ii) kelompok yang membuat tuntutan tertentu untuk kepentingan mereka dengan mengadakan rundingan bersama pihak pengurusan, penyerahan memo, piket dan mogok. Tindakan kolektif mewujudkan rasa tanggungjawab dan kesediaan menanggung sebarang bentuk risiko yang mungkin dihadapi secara bersama bagi mengelakkan anggota organisasi menyalahkan sesama mereka.


Kembali ke atas