herbal pills | pil herba | Herba | Tiada | Sediaan dos oral pepejal herba berbentuk sfera. Pil dibuat daripada satu atau lebih bahan herba dan eksipien seperti madu, lilin dan tepung ubi. Pada masa kini pil jarang-jarang digunakan lagi kerana telah digantikan dengan sediaan tablet. |
herbal medicines | ubat-ubatan herba | Herba | Tiada | Bahan ubatan yang mencakupi herba, bahan mentah herba, sediaan herba dan produk akhir herba dalam bentuk serbuk atau ekstrak yang diformulasikan sebagai kapsul, pil, tablet, pes, krim, salap dan lain-lain. |
pharmaceutics | farmaseutik | Herba | Tiada | Ilmu dalam bidang sains farmasi yang merupakan cabang sains perubatan yang berkaitan dengan penyediaan, formulasi dan bentuk produk farmasi. Ilmu ini merangkumi sains dan teknologi pembuatan bentuk dos seperti tablet, kapsul, pil, ampaian, emulsi, salap, krim, suntikan, ubat sedut dan ubat tampal. Bidang farmaseutik menyelesaikan masalah dalam penyediaan dan pemberian bahan ubat untuk kemudahan dan keselesaan pengguna. Melalui farmaseutik, ubat yang pahit diformulasi ke dalam bentuk sediaan yang boleh diterima. |
herbal medicinal products | produk herba berubat | Herba | Tiada | Keluaran sediaan berubat yang mengandungi bahan aktif sama ada satu atau lebih bahan atau sediaan herba atau campuran kedua-duanya. Produk herba berubat boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dos seperti pil, tablet, kapsul dan tampalan. Contohnya, tablet herba laksatif mengandungi ekstrak daun senamaki (Senna folium). |
finished herbal product specification | spesifikasi produk akhir herba | Herba | Tiada | Perincian kualiti bagi produk akhir herba yang sedia untuk dipasarkan. Biasanya, spesifikasi ini mengandungi tatacara dan had bagi ujian kontaminasi mikrobiologi, ujian bahan toksik lain seperti logam berat dan pestisid, ujian keseragaman berat (bagi tablet, serbuk dos tunggal, supositori, kapsul dan sacet teh herba), ujian pengecaian (bagi tablet, kapsul, supositori dan pil), ujian kekerasan dan keperoian (bagi tablet tak bersalut), ujian kelikatan (bagi bendalir untuk kegunaan dalaman dan luaran), ujian ketekalan (bagi sediaan separa pepejal), ujian pelarutan (bagi tablet dan kapsul), ujian rupa bentuk, ujian penentuan kandungan lembapan, ujian pengecaman, assai dan ujian had terhadap residu pelarut. |