returning officer | pegawai pengurus | Undang-undang | Tiada | Pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi tiao-tiap satu bahagian pilihan raya yang kepadanya writ pilihan raya dikeluarkan untuk mengadakan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil di bahagian pilihan raya mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang. |
delimitation of constituency | persempadanan bahagian pilihan raya | Undang-undang | Tiada | Pengubahan yang dibuat dalam pembahagian Persekutuan dan Negeri-Negeri kepada bahagian-bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya. |
writ of election | writ pilihan raya | Undang-undang | Tiada | Writ yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang mengandungi arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu bahagian pilihan raya mengambil langkah-langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang. |
noticeof election | notis pilihan raya | Undang-undang | Tiada | Notis untuk mengadakan pilihan raya selepas writ pilihan raya dikeluarkan. |
by-election | pilihan raya kecil | Undang-undang | Tiada | Pilihan raya yang diadakan di luar waktu atau masa yang ditetapkan untuk pilihan raya umum apabila sesuatu kerusi dikosongkan oleh kerana sesuatu sebab tertentu. |
conduct of elections | perjalanan pilihan raya | Undang-undang | Tiada | Cara dan tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang bagi Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. |
election expense | belanja pilihan raya | Undang-undang | Tiada | Pembayaran yang dibuat atau belanja yang dikeluarkan oleh seseorang calon atau ejennya dalam sesuatu pilihan raya. Had maksimum belanja pilihan raya ditetapkan oleh undang-undang. |
popular election | pilihan raya awam | Sejarah | Tiada | Pilihan raya umum yang melibatkan seluruh rakyat tanpa mengira pangkat atau keturunan yang berhak mengundi menentukan bentuk pemerintahan yang dipilih. |
Election Judge | Hakim Pilihan Raya | Undang-undang | Tiada | Hakim yang membicarakan petisyen pilihan raya. |
election court | mahkamah pilihan raya | Undang-undang | Tiada | mahkamah yang membicarakan kes berhubung dengan bantahan pilihan raya. |