PIN payment | pembayaran secara PIN | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaedah pembayaran tanpa sentuh yang memberikan kemudahan kepada pengguna untuk membeli produk atau perkhidmatan dengan hanya melalukan kad kredit atau kad debit pada terminal pembayaran dan perlu memasukkan nombor PIN sebagai tanda persetujuan bagi transaksi yang dilakukan. |
personal identification number (PIN) | nombor pengenalan peribadi (PIN) | Teknologi Maklumat | Tiada | Rentetan nombor yang digunakan dalam proses penyahihan pengguna dan biasanya digunakan bersama token keselamatan seperti kad jalur magnet dan kad pintar. Nombor pengenalan peribadi selalunya digunakan pada alat capaian awam yang mempunyai kaedah input terhad seperti pad numerik dan memerlukan proses pencapaian segera seperti pad kekunci pintu. |
wrist pin | tiada | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Lihat: piston pin |
pin fit press | tekanan padan cemat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tekanan yang diberikan untuk menolak cemat omboh ke luar atau masuk ke dalam tombol cemat omboh. |
pin hole | lubang cemat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kesan lubang halus yang terdapat pada permukaan yang dicat atau dikimpal. |
guide pin | cemat panduan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Jarum untuk memandu kerja mengimpal pada panel rangka kereta. |
king pin | cemat agung | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cemat keluli yang dipangsikan pada sendi buku stereng dengan hujung gandar. |
king pin inclination angle | sudut condong cemat agung | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sudut condong ke dalam cemat agung dari garis tengah tegak sebenar. |
piston pin | cemat omboh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Logam berbentuk silinder atau tiub yang dipasang untuk menghubungkan omboh dengan rod penyambung. |
wrist pin | cemat sendi | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lihat cemat omboh. |