تصريح بالخطبة | pinangan jelas | Agama Islam | Fiqh | Pinangan ke atas seseorang perempuan yang dilakukan secara terus terang dan bukan secara sindiran. |
تعريض بالخطبة | pinangan sindiran | Agama Islam | Fiqh | Pinangan ke atas perempuan dengan menggunakan kata-kata sindirin |
الخطبة على الحطبة | pinangan bertindih | Agama Islam | Fiqh | Pinangan yang dilakukan ke atas tunangan orang lain. |
الخطبة | pinangan | Agama Islam | Fiqh | Permohonan rasmi daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan untuk berkahwin. Jika berlaku sebaliknya dianggap sebagai menawarkan diri untuk dipinang. |
الشبكة | hadiah pinangan | Agama Islam | Fiqh | Hadiah yang diberi kepada bakal isteri semasa peminangan. |
archetypal criticism | kritikan arketaip | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang melibatkan analisis tipa induk dan mitos, jenis perwatakan, tema serta motif yang muncul berulang kali dalam kesusasteraan. Kritikan arketaip dipengaruhi kajian asal dalam bidang antropologi bandingan di Universiti Cambridge, terutamanya dalam karya J.G. Frazer berjudul The Golden Bough. Karya ini mengkaji bentuk mitos, ritual dan psikolgi C.G. Jung. Karya Northrop Frye berjudul Anatomy of Criticism membicarakan tipa induk yang muncul berulang kali dalam karya sastera sehingga pembaca mengenalinya sebagai elemen signifikan dalam pengalaman pembacaannya. Menurut Frye, tipa induk ini berulang dalam beberapa bentuk naratif di sepanjang sejarah kesusasteraan Barat. Sebagai contoh, situasi (motif menempuh alam kedewasaan), perwatakan (motif suami cemburu), perjalanan plot (jejaka bertemu gadis, gadis menolak pinangan jejaka, jejaka mendapat gadis), imej (motif bunga ros sebagai lambang percintaan) dan tema (kebebasan memilih dan suratan takdir). Kritikan ini dikenali juga sebagai kritikan tipa |