Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gan] | ڤيڠݢن

Definisi : sj alat atau bekas drpd tembikar dll, biasanya berbentuk bulat leper spt piring tetapi lebih besar (utk makan nasi dll); ~ hidang pinggan berbentuk bulat atau bujur yg lebih besar drpd pinggan biasa; ~ jorong pinggan yg bulat panjang; ~ kerang pinggan kasar; ~ lingkar pinggan besar tempat makan raja-raja (orang besar-besar); ~ makan pinggan yg digunakan utk makan hidangan utama spt nasi dsb; ~ mangkuk perkakas atau alat-­alat makan minum (piring, cawan, mangkuk dll); ~ tak retak nasi tak dingin prb cermat melakukan sesuatu pekerjaan; spt ~ dgn mangkuk, salah sedikit hendak berhantuk prb perselisihan antara suami isteri atau kaum keluarga itu sudah menjadi perkara biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gan] | ڤيڠݢن

Definisi : bekas yg bundar leper dan lebih besar drpd piring (dibuat drpd tembikar, kaca dll) utk tempat makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggan

Puisi
 

Bahulu dalam pinggan,
     Tiga hidangan roti raji;
Jangan malu jangan segan,
     Kita sudah suami isteri.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kasih sepantun tulisan pinggan.

Bermaksud :

Kasih yang tak hilang-hilang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plate railrel pingganKesenianHiasan DalamanHiasan dinding mendatar dan mempunyai alur atau ruang yang digunakan untuk mempamerkan pinggan.
potterytembikarKesenianHiasan DalamanBarang-barang, seperti pinggan dan mangkuk, yang diperbuat daripada tanah liat yang dibakar dalam relau dan bergilap.
antiqueantikKesenianHiasan DalamanBarang-barang seperti perabot, pinggan mangkuk atau hasil seni lain yang bernilai tinggi kerana kecantikan, mutu hasil kerja dan usianya yang melebihi 100 tahun. Bilangannya juga sangat sedikit serta sukar dijumpai.
food platingpenataan makananPentadbiran PerniagaanTiadaProses menyusun dan menghias makanan dalam pinggan mengikut cara tertentu bagi menyerlahkan persembahan sesuatu jenis makanan sebelum dihidangkan.
China cabinetkabinet ChinaKesenianHiasan DalamanKabinet yang mempunyai pintu dan tingkat bagi menyimpan pinggan dan mangkuk.
butler's pantrypantri butlerKesenianHiasan DalamanSejenis perabot yang mempunyai laci dan kabinet untuk pinggan mangkuk dan kain linen. Pantri butler selalunya terletak di antara dapur dengan bilik makan serta dilengkapi kaunter dan basin.
greywaterair sisa basuhanAlam SekitarTiadaAir yang telah digunakan untuk aktiviti pembasuhan dan pembersihan (pakaian, pinggan mangkuk, kenderaan dan lain-lain).
credenzakredenzaKesenianHiasan DalamanAlmari rendah dan lebar dengan beberapa bahagian atau laci, yang digunakan untuk menyimpan pinggan mangkuk. Perabot ini biasanya diperbuat daripada kayu berkilat yang dihiasi dengan marketri yang dilengkapi dengan kaca kuadran yang diletakkan secara simetri. Permukaan atas meja diperbuat daripada marmar atau batu hiasan atau kayu bertatah dalam. Kredenza sangat diminati oleh golongan bangsawan pada penghujung abad ke-19 zaman Renaissance. Perkataan credenza berasal daripada perkataan Latin Meieval, iaitu credentia yang bermaksud percaya.
credenzakredenzaKesenianHiasan DalamanAlmari rendah dan lebar dengan beberapa bahagian atau laci, yang digunakan untuk menyimpan pinggan mangkuk. Perabot ini biasanya diperbuat daripada kayu berkilat yang dihiasi dengan marketri yang dilengkapi dengan kaca kuadran yang diletakkan secara simetri. Permukaan atas meja diperbuat daripada marmar atau batu hiasan atau kayu bertatah dalam. Kredenza sangat diminati oleh golongan bangsawan pada penghujung abad ke-19 zaman Renaissance. Perkataan credenza berasal daripada perkataan Latin Meieval, iaitu credentia yang bermaksud 'percaya'.
polyethylenepolietilenaKesenianHiasan DalamanPlastik tahan kesan kotor dan kalis bahan kimia. Polietilena biasanya digunakan untuk membuat mainan, bekas pembuat ais kiub dan pinggan mangkuk. Polietilena juga mudah lentur dan tahan panas sehingga 37.8 darjah Celsius.
12

Kembali ke atas