coxalgia | koksalgia | Herba | Fitoterapi | Kesakitan di pinggul; penyakit yang berkaitan dengan sakit di pinggul. |
Ortolani's test | ujian Ortolani | Kejururawatan | Tiada | Ujian yang dijalankan ke atas bayi untuk mengesan dislokasi pinggul kongenital. Ujian ini dilakukan dengan membaringkan bayi dalam posisi supin. Lutut bayi dibengkokkan dan putaran sendi pinggul dicuba. Bunyi klik akan didengar jika sendi itu tidak stabil. |
waist-to-hip ratio | nisbah pinggang-pinggul | Sains Kesihatan | Tiada | Pengukuran antropometri untuk menentukan bentuk tubuh dan distribusi pengumpulan lemak di tubuh. |
puffer jacket | jaket gelembung | Umum | Tiada | Jaket paras pinggang atau pinggul yang dijahit dengan material lembut dan tebal yang menjadi beberapa bahagian sehingga menampakkannya seperti bergelembung. |
internal rotation | putaran dalaman | Sains Sukan | Biomekanik | Aksi pada sendi bahu atau pinggul yang menyebabkan permukaan segmen bergerak menghadap antara satu sama lain. |
external rotation | putaran luaran | Sains Sukan | Biomekanik | Aksi pada sendi bahu atau pinggul yang menyebabkan permukaan segmen bergerak menjauhi antara satu sama lain. |
pelvic girdle | girdel pelvis | Sains Sukan | Biomekanik | Struktur yang melibatkan semua tulang di bahagian pinggul (ilium, iskium, tulang pubis) dan di hadapan simfisis pubis dan sakrum. |
rectilinear motion | gerakan rektilinear | Sains Sukan | Biomekanik | Gerakan yang melibatkan arah peralihan anggota jasad mengikut satu garis lurus. Contohnya, gerakan lompatan acara palang dalam sukan gimnastik. Kedudukan sendi bahu dan pinggul semasa gerakan ini adalah pada arah yang sama. Sinonim peralihan rektilinear. |
synovial joint | sendi sinovial | Sains Sukan | Biomekanik | Sendi yang mempunyai rawan di bahagian hujung tulang, berfungsi untuk melancarkan pergerakan. Contoh sendi sinovial ialah sendi yang terdapat di bahagian siku, lutut, bahu, pinggul dan pergelangan kaki. |
antigravity muscles | otot antigraviti | Sains Sukan | Biomekanik | Otot yang menentang daya graviti semasa postur badan dalam keadaan berdiri. Otot antigraviti berperanan dalam memastikan tubuh dalam keadaan tegak atau dalam keseimbangan postur. Contohnya, semasa dalam keadaan berdiri tegak, antara otot antigraviti yang terlibat ialah otot gastroknemius dan otot soleus (tumit), otot kuadriseps femoralis (paha) dan otot gluteus maksimus (pinggul). |