Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.tas] | ڤينتس

Definisi : ; jalan ~ jalan yg paling dekat: kerana takutkan tentera Jepun yg berkawal di kota itu, maka kami telah mengambil jalan ~ di pinggir kota; sepintas; ~ lalu a) sambil lalu, sekali lalu: dapat juga abang kenal tokoh ulama India ini ~ lalu; b) selayang pandang, sebentar sekali; c) tidak bersungguh-sungguh, tidak men­dalam (membaca, mengkaji dll): ia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; d) secara ring­kas sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan dll): tiap-tiap perkara itu diberinya penjelasan kadar ~ lalu; memintas 1. melalui (menempuh) jalan yg paling dekat: utk menjimatkan waktu, mereka ~ di kawasan itu; 2. menyeberang jalan dll, merentas jalan dll: mereka ~ arah ke selatan padang itu; 3. = memintasi memotong (meng­halang) perjalanan orang: sesetengah orang-orangnya hendak lari ke hulu, maka dipintasi oleh Bugis dr darat; 4. menyelang (perbualan, percakapan, dll) orang: “manalah aku tahu,” Karim cepat-cepat ~; 5. = memintasi mencegah atau menghalang (cita­-cita, maksud, serangan musuh dll); 6. = me­mintasi melintasi, melalui, menjalani, meng­atasi: ~ segala kesulitan; memintaskan sl memintasi, mengatasi; pintasan 1. jalan yg paling dekat, jalan pintas; 2. penyeberangan jalan; kepintasan telah dipintasi (dilalui, dicegah, dll); pemintasan 1. perbuatan memintas (memintasi); 2. Mn tempat harimau selalu kelihat­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.tas] | ڤينتس

Definisi : ; jalan ~ jalan yg dekat. memintas 1 melalui atau mengikut jalan yg paling dekat: Supaya lekas sampai, baik kita ~ kebun getah ini. 2 mendahului orang lain dgn bergerak lebih cepat dr belakang; memotong: Dia telah ditahan polis kerana ~ lori di selekoh yg tajam. 3 menyekat atau mengepung perjalanan orang: Orang-orang Bugis telah ~ mereka dr darat. pintasan 1 jalan pintas. 2 titik atau tempat sesuatu garisan memintas salah satu paksi dlm graf. pemintas sesuatu yg memintas. sepintas; ~ lalu 1 sekali lalu atau sambil lalu saja; tidak memandang atau tidak mengamati dgn sungguh-sungguh. 2 tidak bersungguh-sungguh mengkaji atau mempelajari sesuatu; secara ringkas saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pintas (kata kerja)
Bersinonim dengan hambat, kejar, buru;,
Kata Terbitan : sepintas lalu, memintas, memintasi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
short circuitlitar pintasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKerosakan dalam litar elektrik apabila arus mengalir melalui jalan terdekat atau jalan pintas untuk sampai ke bumi.
blowbytiup pintasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKebocoran campuran udara-bahan api dan gas ekzos yang terbakar di dalam silinder melalui gelang omboh masuk ke dalam kotak engkol.
blowbyhembus pintasKejuruteraan AutomotifEnjinHasil sampingan pembakaran, kebanyakannya mengandungi hidrokarbon yang bocor dari kebuk pembakaran melalui gelang omboh ke dalam kotak engkol ketika lejang mampatan dan lejang kuasa. Wap hembusan ini disedut ke dalam lejang pengambilan melalui sistem pengalihudaraan kotak engkol positif. Seterusnya, wap hembusan ini dibakar di dalam enjin. Lihat juga pencairan dalam kotak engkol.
bypassjalan pintasPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaJalan yang dijadikan sebagai pilihan untuk mengelak daripada melalui kawasan bandar.
over lappintasSukanLumba BasikalPerbuatan seseorang pelumba memotong pelumba lain dalam sesuatu pusingan perlumbaan.
bypass valveinjap pintasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaInjap yang terdapat di dalam penapis minyak pelincir yang terbuka apabila penapis minyak tersumbat untuk membolehkan minyak terus beredar dalam bahagian enjin.
short windingbelitan pintasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBelitan medan, angker atau gegelung yang menyentuh bahagian bumi kenderaan.
bypass oil filterpenapis minyak pintasKejuruteraan AutomotifEnjinPenuras berupa kartrij yang digunakan dalam sistem minyak pelinciran automatik untuk membuang zarah logam dan hasil haba penguraian daripada minyak yang mengalir. Penapis minyak pelincir ini juga menapis sebahagian daripada minyak yang mengalir melalui enjin.
crankcase centilationpengalihudaraan kotak engkolKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPeredaran udara dalam kotak engkol untuk membolehkan wap air, gas tiub pintas, dan wap lain dibuang keluar.
filter bypasspintasan penurasKejuruteraan AutomotifEnjinInjap berpegas yang dipasang pada penapis minyak yang membenarkan minyak pelincir mengalir melalui laluan pintas di sekeliling penuras semasa penuras tersumbat. Melalui cara ini, minyak masih boleh dibekalkan kepada enjin walaupun penapis minyak tersumbat. Keadaan ini biasanya berlaku sekiranya penapis minyak tidak ditukar mengikut jadual penyelenggaraan.
12

Kembali ke atas