Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.tu] | ڤينتو

Definisi : 1. ruang utk keluar atau masuk (bilik, kereta, rumah dll): jangan duduk di ~; 2. papan dll utk menutup ruang pintu: sebuah ~ besar bergerak perlahan-lahan dibuka oleh seorang budak; 3. ki kesempatan utk men­capai sesuatu, jalan ke: membuka ~ utk perundingan damai; kalau kita mempunyai ijazah, ~ pekerjaan akan terbuka bagi kita; (politik) ~ terbuka politik yg membolehkan penanaman modal dr negeri asing; 4. Id palang pd jalan yg melintasi landasan kereta api; 5. penjodoh bilangan bagi rumah, kedai, dsb: ada kira-kira sepuluh ~ kedai yg terletak di kiri kanan jalan raya; cukai ~ = hasil ~ cukai yg dikenakan pd pemilik rumah (di kawasan per­bandaran); ~ air penahan air (dibuat drpd besi atau papan) yg boleh diturunnaikkan; ~ angin sj lubang kecil utk udara keluar masuk; ~ belakang a) pintu bangunan (rumah dsb) yg letaknya di belakang; b) ki cara mencapai sesuatu matlamat (spt jawatan, pekerjaan dsb) secara sulit melalui pengaruh, kekuasaan dsb; ~ gerbang (gapura, lawang) pintu besar utk keluar masuk sesuatu kawasan (kota, markas, dll); ~ hati kalbu; ~ jendela penutup jendela (drpd papan, kaca, dll); ~ keluar (masuk) pintu atau jalan yg digunakan utk keluar atau masuk; ~ maling pintu kecil di belakang atau di samping rumah; ~ mati pintu terpaku rapat (tidak boleh dibuka lagi); ~ monyet pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); ~ rangkap daun pintu yg berangkap dua; ~ rezeki jalan (peluang) utk mendapat rezeki; ~ salah sj tingkap pd dinding istana; ~ sorong(an) = ~ sorok pintu yg disorong utk membuka atau menutupnya; ~ tani sj pintu gerbang istana; bagai ~ tak berpasak, perahu tak berkemudi prb sesuatu yg membahayakan; satu ~ kalau tertutup, sepuluh ~ lagi terbuka prb a) suatu perkara yg tidak dapat dirahsiakan lagi; b) orang yg mahir dlm berbagai-bagai pekerjaan walau diberhentikan dr pekerjaannya, banyak pekerjaan lain yg boleh dibuatnya; berpintu 1. mempunyai pintu; 2. sl meng­ikut pintu, berperaturan: hatta maka Laksamana pun terlalu karib kpd raja, keluar masuk tiadalah ~ lagi; berpintukan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg pintu: bilik air rumahnya juga ~ kayu nyatuh yg divarnis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.tu] | ڤينتو

Definisi : 1 lubang atau ruang tempat keluar masuk pd rumah dll. 2 papan dll penutup ruang tempat keluar masuk. 3 penjodoh bilangan utk rumah; buah: Enam ~ rumah kedai habis dimakan api. ~ air pengempang air yg dpt diturunkan dan dinaikkan. ~ angin lubang kecil tempat angin keluar masuk. ~ gerbang pintu besar tempat keluar masuk dr atau ke sesuatu kawasan (kota dll). ~ maling pintu kecil di sisi atau di belakang rumah. ~ mati pintu yg tertutup kemas-kemas dan tidak dpt dibuka-buka. ~ monyet pintu berdaun dua (satu di atas dan satu di bawah). ~ sorong pintu yg perlu disorong (ke kiri atau ke kanan) utk membuka atau utk menutupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pintu (kata nama)
Bersinonim dengan pintu masuk, pintu pagar, pintu gerbang, gapura, lawang, wijil, regol, bambangan.,

Puisi
 

Putik belimbing digetu-getu,
     Dari Kedah ke Tanah Liang;
Jentik dinding bukalah pintu,
     Pintu terdedah sampai siang.


Lihat selanjutnya...(123)
Peribahasa

Bagai pintu tak berpasak,
     perahu tak berkemudi.

Bermaksud :

Sesuatu yang membahayakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Dutch doorpintu BelandaKesenianHiasan DalamanPintu yang terbelah dua dan setiap daun pintu boleh dibuka secara berasingan pada kedua-dua arah. Pintu Belanda dibina separuh dari ketinggian permukaan lantai. Pintu ini dikenali juga sebagai pintu koboi.
centre pillartiang penguatKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTiang di bahagian tengah yang menguatkan struktur tepi pintu, memegang pintu dan kunci pintu.
case doorbingkai pintuKesenianHiasan DalamanStruktur yang terdiri daripada jenang dan kepala pintu yang dipaku bagi menampung kedua-dua daun pintu supaya mudah tertutup, yang sedatar dengan permukaan dinding. Pada dinding yang nipis atau pada sesekat, ketebalan bingkai pintu sama dengan ketebalan dinding atau sesekat.
French doorpintu PerancisKesenianHiasan DalamanPintu yang mempunyai bukaan dua daun pintu, yang setiap daun tersebut terdapat panel kaca.
accordion doorpintu palasKesenianHiasan DalamanPintu yang diperbuat daripada kepingan kayu, plastik atau logam yang menegak dan bersambung antara satu sama lain. Pintu ini unik kerana tidak memerlukan ruang yang besar dan boleh dilipat sepenuhnya untuk mendapatkan saiz bukaan yang maksimum.
cat-eye doorlubang intai pintuKejuruteraanTiadaLubang kecil pada pintu atau dinding yang boleh dilihat keadaan di sebalik pintu atau dinding tersebut.
automatic gatepintu automatikSosiologiTiadaPintu pagar yang berfungsi secara automatik.
flush doorpintu sedatarKesenianHiasan DalamanPintu yang mempunyai permukaan yang sama rata dengan permukaan dinding.
suicide doorpintu songsangPentadbiran PerniagaanTiadaPintu kenderaan yang direka bentuk secara bukaan songsang.
doorwayambang pintuKesenianHiasan DalamanRuang hadapan pintu yang terbuka atau ditutup, yang digunakan untuk laluan masuk atau keluar dari ruang dalam bilik atau bangunan.
123456789

Kembali ke atas