flat character | watak pipih | Kesusasteraan | Tiada | Watak yang tidak mengalami sebarang perubahan di sepanjang cerita. Watak pipih merujuk kepada dua watak yang berbeza yang terdapat dalam naratif atau drama. Watak ini biasanya wujud apabila pengarang lebih menekankan sesuatu sifat tertentu watak tersebut tanpa menyerlahkan ciri khusus yang membezakannya dengan watak lain. Watak pipih dianggap watak statik dan sering dikenali sebagai tipa. Lihat juga tipa, watak bundar. |
round character | watak bundar | Kesusasteraan | Tiada | Watak yang diterbalikkan daripada watak pipih dalam naratif atau drama. Watak ini dibekalkan dengan sifat serta ciri yang tersendiri, diubah dan merubah keadaan di sekelilingnya, serta berkembang sejajar dengan perkembangan cerita. Watak jenis ini dianggap dinamik, justeru sering digunakan untuk memaparkan protagonis atau watak utama yang lain dalam karya moden. Istilah ini digunakan oleh pengkritik Inggeris E.M. Forster dalam bukunya bertajuk Aspects of the Novel. Lihat juga burlesque, tipa, watak pipih. |
flat character | watak pipih | Kesusasteraan | Tiada | Pelaku yang peranannya tidak berkembang serta kurang kerumitan dan motivasi dalam cerita. Contohnya watak dayang dalam cerita-cerita istana. |
flattened bamboo | buluh terpipih | Buluh | Tiada | Keadaan buluh yang pipih dan tidak mempunyai diafragma setelah melalui proses pemipihan. |
friction disc | cakera cekam | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cakera pipih berpermukaan kesat yang terdapat di dalam cekam, terletak di antara plat tekanan cekam dengan roda tenaga. |
plate | plat; tapak (sofbol) | Biologi | Tiada | 1. Plat: Struktur atau permukaan yang pipih, lebar berbentuk piring. |
gill | insang; gil (sukatan) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Insang: Organ pernafasan haiwan akuatik.,2. Struktur bermembran yang pipih dan lebar, yang terdapat pada cendawan.,3. Gil: Suku pain bagi sukatan cecair. |
bladed-shape | bentuk bilah | Geologi | Tiada | Berhubung dengan bentuk mineral yang terdiri daripada agregat hablur yang panjang dan pipih seperti bilah pisau. |
endoparasitic infestation | serangan endoparasit | Perikanan | Akuakultur | Jangkitan penyakit ikan yang berpunca daripada serangan parasit hidup, seperti cacing gelang, cacing pipih, cacing berduri dan cacing pita pada otot dan organ dalaman ikan. Ikan yang dijangkiti menunjukkan tanda seperti benjolan berwarna hitam, kuning atau putih pada otot, atau perut yang kurus/buncit. |
mobile device | peranti mudah alih | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Alat perkomputeran kecil yang mudah dipegang dan dibawa. Alat ini biasanya mempunyai skrin sesentuh pipih dan mampu dihubungkan ke Internet melalui Wi-Fi, Bluetooth atau rangkaian selular dengan bekalan tenaga bateri boleh cas semula litium. Contohnya, telefon bimbit, tablet dan peranti navigasi GPS. |