Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.sang] | ڤيسڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya) yg bermacam-macam jenisnya, Musa spp.; jenis-­jenisnya: ~ embun, ~ batu, ~ biji, ~ benggala, ~ emas, ~ nangka, ~ raja, ~ susu, ~ tanduk dll; ~ benang (manila) = ~ tali sj pokok pisang yg seratnya dibuat benang atau tali; anak ~ Mn panggilan atau gelaran kpd anak drpd keluarga sebelah bapa; jantung ~ bunga pisang; pucuk ~ daun pisang yg muda sekali; spt ~ rebah ki mendiamkan diri dgn tidak bergerak­-gerak atau berkata-kata; ~ sesikat sengkuap; ~ ditanam tak berjantung prb usaha yg tidak memberi hasil yg dimaksudkan; ~ masak separak prb satu keluarga yg hidup berbahagia; ~ sesikat digulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama prb sahabat (keluarga dll) yg hidup setia dan sentiasa bertolong-tolongan; ~ tak akan berbuah dua kali prb sekali tertipu atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pd masa akan datang: bagai rasa batang ~ prb amat sejuk (badan); bukan budak-budak makan ~ prb seseorang yg tidak mudah ditipu atau diperdayakan; mencari ~ gala tiada butir Kl menunggu ketibaan sesuatu yg tidak munasabah; mendapat ~ terbuka (terkubak) prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; mengenalkan diri bagai ~ lebat prb beroleh bencana kerana keangkuhan diri; menopang ~ yg tak berbuah prb mengerjakan sesuatu yg tidak memberi hasil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sang] | ڤيسڠ

Definisi : ; ~ kaki sj tumbuhan (pokok dan buahnya berwarna jingga), kesmak, Diospyros kaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sang] | ڤيسڠ

Definisi : ; pucuk ~ sj ikan darat, Labeobarbus faciatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sang] | ڤيسڠ

Definisi : berbagai-bagai jenis pokok atau buahnya (buahnya bertandan dan bersikat-sikat, Musa spp.. ~ kipas nama sj tumbuh-tumbuhan palma, Ravenala madagarcariensis. ~ manila (benang, tali) nama sj pisang yg seratnya dibuat benang atau tali, musa textilis. ~ sesikat sengkuap. ~ tanah nama sj tumbuh-tumbuhan tropika (utk hiasan dsb) yg mempunyai getah yg sangat bisa, Dieffenbachia amoena (bausei, camilla, exotica). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pisang

Puisi
 

Jangan ditebang pisang awak,
     Pisang lain banyak lagi;
Jangan ditebeng orang tak hendak,
     Orang lain berlambak lagi.


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Pisang masak separak.

Bermaksud :

Keluarga yang senang dan berbahagia hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
banana fritterpisang goreng; jemput-jemput pisangPentadbiran PerniagaanTiada1. Pisang goreng: Kepingan pisang yang disalut bater dan digoreng.,2. Jemput-jemput pisang: Pisang yang dilecek dan digaul bersama adunan tepung dan air sebelum digoreng dengan membentukkannya seperti bebola.
rainbow runnerpisang-pisangPerikananTiadaSejenis ikan daripada famili Albulidae, spesies Albula vulpes yang sederhana besar, berbadan bulat memanjang serta mempunyai sisik yang kasar. Bahagian atas badannya berwarna hijau kebiru-biruan, manakala bahagian bawahnya berwarna keperak-perakan. Terdapat tompok hitam yang jelas berhampiran sirip tepinya. Ikan ini banyak terdapat berhampiran dasar tepi pantai. Nama lain bagi ikan ini ialah bandang pisang.
strakepisang-pisangPerikananTiadaTiada
selection varietyvarieti terpilihPertanianAgronomi

 Baka tanaman terpilih yang mempunyai ciri yang dikehendaki. Contohnya, tanaman pisang, varieti terpilih termasuk pisang berangan, pisang emas, pisang rastali dan pisang embun. Setiap varieti mempunyai ciri yang tersendiri.

mempisangmempisangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu dalam beberapa genus famili Anonaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah antui, jangkang, manitan, monitan dan pisang pisang; di Sabah ialah karai, dan di Sarawak ialah akau dan kepayang babi. Tidak kurang daripada lima genus menghasilkan kayu ini, dan antara spesies termasuk Cyathocalyx pruniferus, Platymita siamensis, Polyalthia glauca, dan Xylopia ferruginea. Gubal kayu mempisang sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna kuning keputihan dan kuning coklat. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata kerana mempunyai tisu ruji yang lebar. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 370 hingga 960 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu mempisang mudah diproses dan dikemas siap tetapi lambat mengering. Kayu ini sesuai digunakan untuk kerja binaan ringan, penghasilan venir hirisanm, kotak dan anak mancis; manakala spesies yang lebih tumpul digunakan untuk lantai parket dan peralatan geometri.
banana fibregentian pisang/serat pisangKesenianTiadaTiada
sekatan batang pisangsekatan batang pisangKerisTiadaBatang pisang yang dikerat sepanjang satu setengah kaki hingga dua kaki yang digunakan sebagai bahan tikaman bagi membasahkan mala keris.
sekatan batang pisangsekatan batang pisangKerisTiadaBatang pisang yang dikerat sepanjang satu setengah kaki hingga dua kaki yang digunakan sebagai bahan tikaman bagi membasahkan mala keris.
jantung pisang(Ir.)jantung pisang(Ir.)KesenianTiadaMotif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk jantung pisang.
banana fritterpisang goreng; jemput-jemput pisangPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas