Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ta] | ڤيتا

Definisi : jalur (kain, kertas, dll) yg panjang, reben: Datuk penghulu pun menjemput beliau utk menggunting ~ yg terentang di tengah-tengah pintu masuk ke balai; ~ cukai Id pita kertas yg bertuliskan harga dan dilekatkan pd bungkusan rokok dll, ban­derol; ~ magnet pita plastik bersalut bahan bermagnet yg digunakan utk merakam bunyi atau gambar, atau utk menyimpan maklumat; ~ mesin Id tali pesawat; ~ mesin tulis pita yg berdakwat utk mesin tulis; ~ rakam (rakaman) sj pita utk merakam (menangkap) suara dgn menggunakan rakam pita; ~ suara lipatan membran dlm peti suara, yg apabila bergetar akan menghasilkan bunyi; ~ video sj pita utk merakamkan gambar dan suara supaya dapat ditayangkan kemudian pd kaca TV dgn menggunakan perakam video; berpita mempunyai pita atau dibubuh pita: topi yg ~ merah di kelilingnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ta] | ڤيتا

Definisi : carik atau jalur kain dll yg panjang; reben. ~ magnet pita plastik bermagnet yg digunakan utk merakamkan bunyi, gambar atau data komputer. ~ politena pita yg dibuat drpd politena dan digunakan utk mengikat sesuatu. ~ rakaman alat yg menggunakan pita utk merakamkan bunyi dan utk memperdengarkan rakaman. ~ suara bahagian bawah lipatan tisu di dlm larinks yg bergetar apabila udara keluar dr paru-paru dan menghasilkan bunyi. ~ ukur pita drpd kain, logam dll yg ditandai ukuran inci, sentimeter dsb dan digunakan utk mengukur sesuatu, terutamanya semasa membuat pakaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pita


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vocal cordspita suaraPerubatanTiadaLipatan membran mukosa yang terdapat di dalam larinks, yang terdiri daripada dua bahagian, iaitu pita suara asli dan pita suara palsu. Pita suara asli merupakan membran yang membentuk sempadan bahagian bawah ventrikel, manakala pita suara palsu pula merupakan membran yang memisahkan ventrikel daripada vestibul.
back-up tapepita sokonganKomunikasiTiadaPita yang disalin daripada pita utama dan dijadikan bahan sokongan sekiranya berlaku kecacatan atau kehilangan pita asal.
gimppita hiasKesenianHiasan DalamanBingkai hiasan daripada pita tenun tirus (pita brid) yang digunakan pada kemasan perabot upholsteri bagi menyembunyikan barisan paku kecil pada perabot. Pita ini juga dijadikan sebagai satu unsur hiasan.
splicing tapepita cantumPendidikanTiadaPita untuk menyambung pita audio atau video yang telah disunting.
bridletali kekang;pita bridelKesenianTiada1. Pita bridel: Sejalur pita prakecut yang dijahit pada sebelah belakang takat liku kolar untuk mengukuhkan kedudukannya.
prerecorded materialbahan rakamanPendidikanTiadaBahan seperti pita audio, pita video, dan cakera audio yang telah tersedia dirakam.
leader tapepita pangkalSosiologiTiadaPita plastik yang disambung pada permulaan pita audio, video atau filem untuk mengawet pita dan memudahkan penyelitan filem pada projektor.
leader tapepita pangkalPendidikanTiadaPita plastik yang disambung pada permulaan pita audio, video atau filem untuk mengawet pita dan memudahkan penyelitan filem pada projektor.
videotape duplicatingpenyalinan pita videoPendidikanTiadaProses menyalin bahan visual daripada satu pita video ke pita video lain.
tape reelgelendong pitaKomunikasiTiadaBekas plastik berbentuk bulat yang digunakan untuk menyimpan pita filem atau pita audio.
12345678910...

Kembali ke atas