Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pla.sén.ta] | ڤلاسينتا

Definisi : (plasénta) (Ubat) organ yg meng­hubungkan ibu dgn janin dlm rahim (mem­bekalkan makanan, termasuk oksigen drpd ibu kpd janin dan juga mengeluarkan bahan kumuh drpd janin melalui ibu), tembuni, uri; ~ previa kedudukan plasenta yg tidak normal yg boleh mengakibatkan perdarahan yg serius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plasenta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deciduous placentaplasenta desiduaVeterinarPraklinikalPlasenta jenis zonari terdapat pada kucing atau anjing; dan diskoid terdapat pada manusia; primat dan sesetengah roden. Plasenta ini merupakan bahagian plasenta ibu yang terpisah daripada uterus serta terlekat pada trofoblas. Plasenta terkeluar selepas fetus dilahirkan.
placentaplasentaVeterinarPraklinikalOrgan fetomaternal yang terbentuk semasa kebuntingan mamalia. Plasenta merupakan suatu organ endokrin sementara yang menghubungkan ibu dengan janin serta menghasilkan hormon progesteron dan estrogen. Plasenta memindahkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan hasil buangan janin ke dalam edaran darah ibu. Plasenta mempunyai tapak pelekatan bervesel yang berbeza mengikut spesies. Contohnya plasenta tersebar pada kuda; plasenta kotiledon pada lembu; plasenta zonari pada kucing dan plasenta diskoid pada monyet.
accidental hemorrhagehemoraj aksidentalPerubatanTiadaPerdarahan tapak plasenta sebelum kelahiran ketika plasenta terletak di bahagian uterus atas.
placentationpemplasentaanVeterinarPraklinikalProses pembentukan plasenta antara endometrium ibu dengan membran ekstraembrio. Dengan terbentuknya plasenta; nutrien daripada darah ibu dapat dipindahkan ke darah embrio dan fetus. Hasil buangan daripada darah embrio dan fetus pula dapat dipindahkan ke sistem edaran ibu untuk dibuang. Pemindahan nutrien dan hasil buangan ini adalah dengan merentasi plasenta.
bilobate placentaplasenta bilobusPerubatanTiadaPlasenta yang terdiri daripada dua lobus.
abruptio placentaeabrupsi plasentaPerubatanTiadaTertanggalnya plasenta sebelum waktunya.
placenta praeviaprevia plasentaKejururawatanTiadaKeadaan plasenta yang terlekat pada endometrium di bahagian bawah segmen uterus.
abruptio placentaeabrupsi plasentaKejururawatanTiadaPemisahan sebahagian plasenta yang berlaku selepas 20 minggu gestasi.�
extraplacentalluar plasentaPerubatanTiadaBerkaitan dengan sesuatu yang tidak bersambung dengan plasenta.
placental lactogenlaktogen plasentaVeterinarPraklinikalSejenis hormon yang terdapat hanya pada lembu bunting. Hormon ini dirembeskan oleh plasenta. Kehadirannya mula dikesan dalam edaran darah lembu yang telah bunting selama 160 hari. Kepekatan hormon ini mencapai tahap maksimum (lebih kurang 1000 ng/mL) pada hari ke-200 kebuntingan sehingga anak dilahirkan. Peranan hormon ini tidak jelas tetapi dipercayai mempunyai fungsi seperti hormon prolaktin dan hormon pertumbuhan.
12345678

Kembali ke atas