Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pla.to] | ڤلاتو

Definisi : IB dataran tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plato


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Plato�s cavegua PlatoKesusasteraanTiadaAlegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi.
platonismplatonismeKesusasteraanTiadaDoktrin dan fahaman idealistik yang berasal daripada dialog Plato, ahli falsafah Yunani. Socrates merupakan watak utama dalam sebahagian besar dialog ini. Diketahui umum bahawa Plato tidak mementingkan peranan penyair dan mengatakan fikiran mereka menyeleweng dan mengganggu fikiran rasional. Malah, dalam karyanya berjudul Republic, beliau menyatakan bahawa penyair harus dibuang dari negara ideal. Namun, beberapa aspek Plationisme dianggap penting dan terserap luas dalam kesusasteraan Barat. Dalam karya berjudul Republic (Buku VIII), terdapat imej gua Plato yang terkenal. Menurut Platonisme, dunia zahir merupakan dunia yang hanya wujud dalam perasaan dan tanggapan manusia sahaja. Sebaliknya, idea atau bentuk adalah realiti yang sebenar, abadi dan transenden. Dalam karya berjudul Dialogues, Plato berulang kali menggesa manusia mencari dan mengungkapkan idea keadilan, cinta, keberanian, persahabatan, dan akhlak mulia. Plato menegaskan bahawa objek zahir hanyalah tiruan dan wakil daripada idea tentang objek tersebut yang kekal abadi. Maka, hanya idea yang dapat membekalkan ilmu pengetahuan sebenar kepada manusia. Doktrin ini merupakan asas kepada keseluruhan aliran falsafah yang dikenali sebagai Platonisme dan Neoplatonisme. Platonisme cukup berpengaruh di Barat hingga mempesonakan beberapa penyair besar, terutamanya Percy Bysse Shelley yang sentiasa merujuk kepada dunia unggul yang melangkaui dunia harian. Platonisme turut mempengaruhi Spenser, Ralph Waldo Emerson, dan Willian Wordsworth. Bagi pengikut Plato dan Platonisme, keindahan dunia adalah bayangan kepada keindahan lain yang abadi dan sempurna. Idea inilah yang menimbulkan konsep cinta platonik. Bagi seorang kekasih menurut Platonik, pemujaan keindahan fizikal kekasihnya memulakan suatu pergerakan menaik yang menuju kepda keindahan ideal di peringkat kejiwaan dan berakhir dengan visi suci yang penuh dengan rahmat Tuhan. Konsep ini meresapi puisi cinta Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Konsep ini turut menyatakan situasi yang sesuai untuk cinta erotik dalam agama Kristian. Kini, ungkapan cinta platonik lebih popular sebagai cinta tanpa seks. Hal ini menjatuhkan dan menurunkan makna asal definisi falsafah dan tatalaku yang serius. Lihat juga gua Plato.
platonic criticismkritikan platonikKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang memberikan tumpuan pada aspek kegunaan sastera seperti peranannya dalam mencapai tujuan moral dan agama. Kritikan ini tidak mementingkan nilai intrinsik karya, sebaliknya menitikberatkan nilai ekstrinsiknya. Kritikan ini berdasarkan falsafah plato (pada abad keempat SM). Dalam perspektif Platonisme, dunia zahir ialah bayarangan kepada dunia yang ideal. Kebenaran perkara dan objek material dalam dunia zahir ialah idea tentang perkara objek material tersebut atau sebaliknya. Justeru, seperti dunia zahir yang merupakan imitasi bagi dunia yang ideal, maka seni (termasuklah puisi) ialah imitasi bagi dunia zahir. Dalam konteks ini, puisi tetap merupakan bayangan kebenaran, walaupun sebenarnya kekeliruan. Lihat juga kritikan mimetik, mimesis.
armchair theoryteori kerusi empukSains PolitikPolitik PerbandinganTeori dalam bidang ilmu sains sosial yang dihasilkan tanpa kajian yang saintifik. Teori ini dihasilkan melalui pengamatan pemikiran dan imaginasi idealisme seseorang tokoh terhadap sesuatu fenomena yang diperhatikannya. Teori ini digarap tanpa kajian empirikal lapangan dan hanya berasaskan penaakulan dan logik akal peribadi. Contohnya teori Plato berhubung dengan persoalan pemerintahan, menyatakan bahawa golongan cendekiawan sahaja layak memegang dan mengetuai urusan pemerintahan negara. Premis tersebut dihasilkan tanpa proses penaakulan ilmiah yang saintifik, tanpa hipotesis khusus yang diuji, tidak ada pertimbangan deduksi dan metodologi yang teratur. Teori-teori yang dikemukakan oleh ahli falsafah seperti Plato, Socrates, Aristotle dan lain-lain yang sezaman dengannya, lazim dikategorikan sebagai teori kerusi empuk. Teori-teori sains sosial yang lahir selepas kemunculan aliran pemikiran positivisme barulah dikategorikan sebagai teori sains sosial yang bersifat saintifik.
imaginationimaginasiKesusasteraanTiadaKebolehan menggambarkan sesuatu dalam fikiran. Imaginasi tidak bersifat kenyataan tetapi dipenuhi khayalan dan angan-angan. Imaginasi mampu membentuk imej atau representasi dalam karya sastera. Bagi para pemikir zaman klasik, imaginasi ialah daya fikir membina yang mampu mengubah pengalaman serta melahirkan intuisi dan wawasan. Sejak 1800, imaginasi dianggap sebagai daya kreatif yang utama dalam pengkaryaan. Coleridge dalam karya berjudul Biographia Literaria (1817) berpendapat bahawa imaginasi ialah suatu daya magis dan daya sintesis yang melahirkan penciptaan baharu dan keaslian dalam penulisan kreatif. Para penyair menganggap bahawa sumbangan utama imaginasi adalah untuk merangsang keupayaan mereka menyelesaikan percanggahan dan kontradiksi. Justeru, daya imaginasi menolong pengarang mencipta naratif atau puisi yang indah dan harmonis daripada pengalaman yang berbeza dan bercanggah. Dalam penciptaan puisi, pengarang lebih mengutamakan kepentingan imaginasi berbanding dengan kepentingan kehendak sedar mereka. Pada dasarnya, para penyair romantis menganggap imaginasi sebagai positif dan menyumbang kepada pengkaryaan seni mereka. Namun, sejak zaman Yunani, ahli pemikir seperti Plato telah meragui kesan imaginasi. Hal ini demikian kerana imaginasi dikaitkan dengan ilusi, kekeliruan, dan penipuan. Menurut Plato, jika tidak dikawal, imaginasi boleh membawa kepada kegilaan. Imaginasi berasal dariapda perkataan Latin imaginatio bermaksuk �membentuk sesuatu imej�.
dialoguedialogKesusasteraanTiadaPerbualan, perbahasan atau perbincangan antara watak dengan watak yang lain dalam sesuatu karya sastera. Contohnya, dalam drama dan teater. Dialog merupakan aspek penting untuk mengungkapkan perwatakan dan menggerakkan plot dalam sesebuah drama, fiksyen atau dalam sesetengah puisi naratif seperti balada. Contoh dialog dalam drama ialah dialog antara Socrates dengan anak muridnya dalam karya Plato berjudul Dialogues. Contoh karya dialog dalam sastera Arab ialah Ya Ibn Adam: Hiwar bayn Rajulayn oleh Mikha�il Na�imah, dan dalam sastera Parsi ialah Khayma-yi Shabbazi oleh Sadiq Chubak.
humanismhumanismeKesusasteraanTiadaFahaman yang mengagungkan status dan sifat-sifat manusia. Istilah �humanis� pada asalnya merujuk kepada sarjana ilmu kemanusiaan pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) pada abad ke-16. Secara khususnya, hurmanis merujuk kepada cendekiawan Eropah yang mengkaji kebangkitan semula budaya dan sastera Yunani dan Rumawi. Tumpuan mereka adalah pada karya klasik yang dihasilkan oleh penyair, dramatis dan ahli falsafah seperti Cicero, Aristotle dan Plato. Hasil daripada kajian itu, timbul fahaman baharu tentang manusia yang berbeza daripada pandangan Kristian yang lebih dominan. Fahaman ini cenderung mengagungkan sifat-sifat manusia, khususnya kebolehan menaakul. Bentuk humanisme yang ekstrem menganggap manusia sebagai kayu ukur bagi segala kewujudan yang lain. Umumnya, humanisme menyedarkan manusia tentang kuasa dan bakat mereka yang berpeontesi menjadikannya lebih beradab. Pada zaman yang kemudian, wujud humanisme Kristian seperti yang terpancar dalam penulisan Sidney, Bacon, Spenser dan Milton. Humanisme ini lebih memberatkan keunggulan nilai dan pengalaman manusia serta mengutamakan kesempurnaan kehidupan duniawi. Sikap humanisme ini bertentangan dengan sikap Kristian Zaman Pertengahan yang melihat manusia sebagai orang yang berdosa dan terkutuk, justeru mereka mengharapkan penyelamatan daripada juruselamat. Dominasi sains dan industri pada abad ke-19 mendorong ramai pengarang, terutamanya Matthew Arnold mementingkan nilai-nilai humanis dalam usaha untuk mewujudkan pendidikan yang seimbang. Humanisme Baharu Amerika pada tahun 1920-an dan 1930-an juga menegaskan tuntutan yang sama terhadap nilai humanis tersebut. Dengan idealisme tentang manusia yang seimbang, golongan ini menentang dakwaan sains. Humanisme jenis ini amat berpengaruh dalam sastera dan budaya Anglo-Amerika. Idea pusatnya adalah mengenai individu yang utuh dan bebas sepenuhnya sebagai penentu nasibnya sendiri. Pemikiran humanisme tentang keagungan manusia umumnya kini dicabar oleh pendirian pascastrukturalisme. Golongan pascastrukturalis lebih cenderung menggantikan konsep keutuhan dan kebesaran manusia dengan idea �subjek� yang dicirikan oleh fragmentasi dan ketidakutuhan. Sebagai �subjek�, manusia bukan lagi penentu nasibnya sendiri.
middle rhymerima tengahKesusasteraanTiadaRima yang ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima tengah juga terjadi apabila dua atau beberapa perkataan berima terdapat dalam satu-satu baris. Contohnya seperti dalam puisi berjudul �Patience� oleh W.S. Gilbert: Then a sentimental passion of a vegetabile fashion, Must excite your languid spleen, An attachment �a la Plato, for a bashful young potato, Or a not too French French bean! Contoh rima tengah dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pohon sena,cabangnya empat, Mari tebang waktu pagi; Kalau kena dengan makrifat, Burung terbang menyerah diri.
meritocracymeritokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemilihan calon yang berasaskan kepada kebolehan seseorang dan menolak faktor-faktor lain seperti kaum, bahasa, warna kulit, keturunan keluarga atau pilih kasih. Melalui sistem ini, kenaikan seseorang dalam hierarki dan pangkat bersandar kepada keupayaan yang ditunjukkan. Pemimpin dalam sistem ini dipilih melalui sifat kepimpinan yang bijak, cemerlang dan diterima masyarakat. Contohnya, 'philosopher king' iaitu kumpulan pemimpin yang dicadang oleh Plato, jelas berasaskan meritokrasi.
phonocentrismfonosentrismeKesusasteraanTiadaPerihal tumpuan pada bunyi atau pertuturan. Fonosentrisme merupakan salah satu cabang dalam bidang logosentrisme yang mengutamakan pertuturan berbanding dengan penulisan. Ahli falsafah perancis, Jacques Derrida memperkenalkan istilah logosentrisme apabila beliau membicarakan aspek kebenaran dalam bentuk buah fikiran. Penekanan yang diberikan pada pertuturan fikiran. Penekanan yang diberikan pada pertuturan dalam fonosentrisme berdasarkan pandangan bahawa fonosentrisme lebih hampir dengan kebenaran berbanding dengan penulisan. Menurut Derrida, penulisan dianggap asing berbanding dengan pertuturan. Pandangan ini bertentangan dengan pendapat Plato, seorang ahli falsafah purba yang meletakkan tahap pertuturan lebih tinggi daripada penulisan. Lihat juga logosentrisme.
12

Kembali ke atas