kayon | kayon | Kesusasteraan | Tiada | Gunungan atau pohonan yang melambangkan kosmos. Dalam teater wayang kulit, kayon ditampilkan dalam bentuk ukiran pohon abstrak dengan segala bunga, burung, kera dan haiwan lain. Perdunya diapit oleh sepasang haiwan, sama ada sepasang harimau, singa, gajah, lembu liar atau gabungan haiwan lain. Pohon yang diukir dalam kayon mewakili dua simbol mistik agama Hindu. Simbol pertama ialah Pohon Kehidupan yang memelihara semua haiwan dan dianggap sebagai simbol Pohon Meramalkan Nasib memaparkan simbol matahari. Simbol kedua ialah kayon melambangkan Gunung Mahameru, gunung mistik dewa dan gunung dunia. Dalam persembahan wayang kulit, kayon melambangkan tirai apabila dipacakkan sebelum bermula dan selepas persembahan. Kayon ini juga melambangkan perkara lain. Contohnya, apabila digetarkan, kayon menandakan ketenteraman kosmos diganggu; apabila diletakkan melintang, kayon mewakili permukaan air; apabila dipacakkan di kelir, kayon menandakan sebagai pohon atau hutan; dan apabila dipacakkan condong di tepi kelir, kayon menandakan masa rehat. |
image | citra | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi. |
image | citra | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi. |
family tree | pohon keluarga | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
olive | zaitun | Herba | Tiada | Tumbuhan daripada genus Olea dalam order Schrophulariales terutamanya pohon zaitun (Olea europaea) yang ditanam untuk buah drupanya. Buah zaitun ranum berwarna hitam sesuai untuk dimakan dan buah zaitun muda berwarna hijau mempunyai kandungan minyak yang tinggi. Minyak zaitun digunakan sebagai emolien dalam rawatan penyakit kulit dan sebagai bahan nutrien. |
ornamental content | kandungan hiasan | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: �Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.� (Hikayat Indera Putera). Pemerian kecantikan seorang puteri pula diungkapkan seperti yang berikut: �pipinya bagai pauh dilayang, bahunya seperti bahu wayang, lehernya suka ditentang dayang, pinang dimakan berbayang-bayang, hidungnya seperti kuntum melur, wajahnya laksana kuning telur, putih sifatnya warna hablur, berpatutan sanggul mayang mengekur, bibirnya seperti pati dicarik, lehernya laksana gumba dilarik, berpatutan sunting bunga anggerik, demikianlah bertambah rupanya baik�. (Syair Bidasari) Banding kandungan generatif. |
lampoon | lampun | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang isi atau amanat yang disampaikan oleh penyairnya penuh dengan unsur dan nada sindiran. Contohnya, pantun empat kerat dalam Bunga Gerimis susunan Dharmawijaya di bawah. Berbunga lebat pohon rambutan, Hinggap tempua berjuntai kaki; Bila dapat memandang bulan, Jangan lupa rumput di bumi. |
pentastich | pancabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha pun digigit keganasan buta bagai bahtera taburan depan mata sesekali mengharung taufan gila. |
caesura | jeda | Kesusasteraan | Puisi | Hentian di tengah baris puisi atau hentian sementara ketika membaca puisi. Hentian tersebut begitu jelas dapat dirasakan dalam pantun dan syair yang jumlah suku kata tiap-tiap barisnya sama banyak atau seimbang, iaitu terdiri daripada empat perkataan. Dalam puisi baharu, jeda juga dapat dirasakan terutama apabila jumlah suku kata dalam baris-barisnya seimbang. Contohnya, Berbunga lebat / pohon rambutan, Hinggap tempua / berjuntai kaki; Bila dapat / memandang bulan, Jangan lupa / rumput di bumi. |
middle rhyme | rima tengah | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima tengah juga terjadi apabila dua atau beberapa perkataan berima terdapat dalam satu-satu baris. Contohnya seperti dalam puisi berjudul �Patience� oleh W.S. Gilbert: Then a sentimental passion of a vegetabile fashion, Must excite your languid spleen, An attachment �a la Plato, for a bashful young potato, Or a not too French French bean! Contoh rima tengah dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pohon sena,cabangnya empat, Mari tebang waktu pagi; Kalau kena dengan makrifat, Burung terbang menyerah diri. |