landscape nursery | tapak semaian landskap | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kawasan pembiakan benih-benih tanaman landskap seperti bunga atau pokok-pokok. |
recreational forest | hutan lipur | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Hutan yang dibuka kepada awam untuk menikmati keindahan seperti sungai dan pokok-pokok alam semula jadi. |
lacustrine | lakustrin | Sains Marin | Tiada | Sistem tanah lembap pedalaman dan habitat dalam air yang berkaitan dengan tasik dan takungan air tawar yang dicirikan oleh ketiadaan pokok, pokok renek dan tumbuh-tumbuhan baharu. |
atrium | atrium | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang dalaman yang besar dan tinggi, biasanya terdapat di dalam pasar raya, bangunan pejabat dan ruang legar hotel. Ruang ini lebih menyerlah dengan paduan bumbung kaca berkerangka bingkai besi. Biasanya, ruang ini dihiasi dengan pokok-pokok bagi mewujudkan suasana ceria dan selesa. Dalam seni bina Rom ruang dalaman ini dibiarkan terbuka, terdedah ke langit dan dikelilingi oleh bumbung. |
fruitwood | kayu pokok buah-buahan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kayu daripada pokok buah-buahan yang boleh digunakan untuk membuat perabot seperti kabinet. Contohnya, kayu pokok durian, pulasan, mangga dan rambutan. |
oak gall | manjakani | Herba | Tiada | Puru yang dihasilkan pada pokok mempening (Quercus infectoria) akibat tindak balas pokok terhadap tusukan sejenis tebuan. Puru ini mengandungi bahan kimia tanin, asid galik dan asid elagik yang mempunyai sifat antimikrob dan boleh mengekalkan keanjalan dinding uterus. Manjakani biasanya digunakan untuk rawatan lepas bersalin. |
redwood | pokok kayu merah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kayu lembut dalam famili pain yang digunakan untuk panel dan perabot luar rumah. Kayu ini sangat kukuh dan tahan lama. Pokok kayu merah terdapat di Amerika, khususnya di utara California. |
latex | lateks | Herba | Tiada | Cecair putih atau cairan susu yang terdapat pada sesetengah tumbuhan. Lateks biasanya diperoleh melalui torehan pada bahagian tertentu pokok. Contoh lateks seperti susu getah yang diperoleh daripada batang pokok getah (Hevea brasilensis) untuk kegunaan industri getah dan getah candu daripada kapsul pokok candu (Papaver somniferum) untuk kegunaan farmaseutikal. |
tree preservation order | perintah pemeliharaan pokok | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Arahan bertulis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan kepada pemilik tanah supaya mengekalkan atau menanam semula pokok untuk tujuan keselesaan. |
elm | elm | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pokok yang terdapat di hemisfera utara, daripada genus Ulmus yang berdaun lebar dan tepinya bergerigi, serta berkayu keras dan berat. Kayu daripada pokok ini berwarna coklat cerah dan banyak digunakan untuk lantai, alat perabot serta lapisan venir. |