lopping | memangkas | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Memotong dan membuang dahan pokok yang masih hidup. Operasi ini sering dijalankan pada pokok-pokok kayu dalam ladang hutan untuk meghasilkan batang yang lurus dan sihat, atau pada pokok di tepi jalan untuk memudahkan penggunaan jalan. 2. Memotong dan membuang dahan atau bahagian atas pokok selepas ditebang bagi memudahkan proses mengumpul dan membersihkannya. |
marsh | rawang | Geografi | Tiada | 1. Kawasan rendah di latitud sederhana yang tak bersaliran bagus dan kadang-kadang mempunyai kawasan permukaan air terdedah yang ditumbuhi pokok-pokok reed, rush dan sedge. |
marsh | rawang | Geologi | Tiada | 1. Kawasan rendah di latitud sederhana yang tak bersaliran bagus dan kadang-kadang mempunyai kawasan permukaan air terdedah yang ditumbuhi pokok-pokok reed, rush dan sedge.,2. Tanah pamah yang dilanda banjir pada musim hujan dan selalunya berair. |
grassland | padang rumput | Geografi | Tiada | 1. Salah satu daripada subpengelasan tumbuh-tumbuhan dunia. Ia tumbuh di kawasan yang kekurangan kerpasan dan satu musim kemarau yang tidak menggalakan tumbuhan pokok - pokok. |
grassland | padang rumput | Geologi | Tiada | 1. Salah satu daripada subpengelasan tumbuh-tumbuhan dunia. Ia tumbuh di kawasan yang kekurangan kerpasan dan satu musim kemarau yang tidak menggalakan tumbuhan pokok - pokok.,2. Sebarang kawasan tumbuhan darat herba yang didominasi oleh spesies graminoid dan rumput. |
ball and burlapped | bulat dan bungkus | Pertanian | Agroteknologi | Bahagian akar pokok yang dibentuk menjadi bulat dan kemudiannya dibungkus bagi tujuan memudahkan pemindahan pokok yang besar dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Apabila sesuatu pokok selesai digali, akarnya perlu dicantas kira-kira 1 meter daripada pangkal pokok. Tanah di sekeliling akar dibiarkan melekat pada pokok dan seluruh pokok bersama-sama tanah kemudiannya dikeluarkan. Bahagian pangkal akar perlu dibalut dan diikat dengan menggunakan bahan seperti guni. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kehilangan air daripada bahagian pangkal pokok tersebut. Pokok ini kemudiannya boleh dipindahkan ke kawasan yang baharu. |
Solanum ferox | terung bulu | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok renek dalam famili Solanaceae, dikenali juga sebagai terung asam. Tinggi pokok ini hanya mencapai 1 meter. Keseluruhan pokok berduri dan berbulu. Daunnya besar berbentuk bujur dan tepinya bercuping tiga segi. Warnanya hijau tetapi berbulu tebal dan berwarna kelabu. Permukaan bawah daun lebih pucat dan berduri di sepanjang urat daun. Bunganya putih pada jambak yang bertangkai pendek. Buahnya berwarna kuning, berbentuk bulat dan berbulu halus tetapi tebal. Biji digunakan untuk mengubati sakit gigi. Air rebusan akar dibuat mandian untuk mengubati demam dan dibuat campuran untuk mengubati luka dan gatal. Buahnya dibuat perasa asam dalam masakan. |
stem girdle | kelar pangkal | Landskap | Tiada | 1. Kecederaan pad a pangkal pokok yang di sebabkan oleh mesin pemotong rumput. 2. Aktiviti mencederakan bahagian kulit yang mengelilingi pokok bertujuan mematikan pokok berkenaan. |
natural rubber | getah asli | Kejuruteraan | Polimer | Cairan pokok terutamanya daripada pokok Hevea brasiliensis yang mengandungi 100% cis-1, 4-poliisoprena. Getah asli mempunyai berat molekul yang sangat tinggi, iaitu di antara 1.6 hingga 2.3 x 106. Ia perlu melalui proses pemamahan untuk mengurangkan berat molekul bagi memudahkan pemprosesan seterusnya. Sin getah Hevea, cis-1, 4-poliisoprena asli. |
maturity | kematangan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | 1. Peringkat umur ketika pokok atau tumbuhan telah terbentuk sepenuhnya, sama ada pada keupayaan pokok tersebut untuk menghasilkan buah ataupun telah mencapai umur yang sesuai untuk diusahahasilkan dari segi ekonomi. 2. Buah yang telah terbentuk sepenuhnya dari segi isi dan bijinya untuk tumbuh menjadi benih yang baru. |