policy instrument | alat dasar | Ekonomi | Tiada | Unsur atau pemboleh ubah yang boleh dikawal oleh penggubal dasar untuk mempengaruhi pemboleh ubah sasaran. Misalnya, kadar cukai, penawaran wang, kadar bunga, dan perbelanjaan kerajaan. Sinonim pemboleh ubah dasar. |
policy dividend | dividen polisi | insurans | Tiada | Pemulangan tahunan yang menjadi bahagian pemegang polisi daripada lebihan keuntungan syarikat. |
policy fee | fi polisi | insurans | Tiada | 1. Caj tunggal yang ditambah pada premium pertama untuk membantu dalam kos perolehan. 2. Caj untuk setiap polisi yang tidak mengambil kira nilai polisi. Caj ini dianggap satu bentuk diskaun kuantiti. |
policy contract | kontrak polisi | insurans | Tiada | Perjanjian di antara insurer dengan insured yang insurer bersetuju, berdasarkan sesuatu imbalan untuk memberi faedah, membayar ganti rugi, atau memberi khidmat kepada insured. "Polisi" adalah kontrak bertulis. |
policy holder/owner | pemegang/ empunya polisi | insurans | Tiada | Orang yang mempunyai hak milik ke atas sesuatu polisi insurans dan mungkin juga bukan merupakan insured. |
policy year experience | pengalaman tahun polisi | insurans | Tiada | Kiraan premium dan kerugian untuk setiap 12 bulan bagi setiap polisi yang berkuat kuasa. Kerugian yang berlaku semasa 12 bulan akan dicatatkan pada waktu itu walaupun pembayaran dibuat pada masa akan datang. |
policy loan | pinjaman polisi | insurans | Tiada | Pinjaman yang diberi oleh insurer kepada pemegang polisi dengan dijamin oleh sebahagian atau kesemua nilai tunai polisi hayat. |
policy in force | polisi berkuat kuasa | insurans | Tiada | Polisi insurans yang masih berkuat kuasa iaitu yang tidak dibatalkan atau belum tamat tempohnya. |
policy reserve | rizab polisi | insurans | Tiada | 1. Amaun dalam kunci kira-kira sesebuah syarikat insurans yang menunjukkan jumlah anggaran premium yang diterima tetapi belum diperolehi pada suatu masa (Am). 2. Dana yang disediakan oleh insurer untuk memenuhi tuntutan di masa hadapan (Hayat) |
policy holders surplus | surplus pemilik polisi | insurans | Tiada | Amaun aset melebihi liabiliti yang ada pada insurer untuk membayar tanggungan masa hadapan kepada pemegang polisi. Bagi insurer bersama, surplus adalah keseluruhan bahagian ekuiti di dalam kunci kira-kira. Bagi insurer stok, surplus terbahagi dua iaitu surplus pemegang saham dan surplus pemegang polisi. |