proteolysis | proteolisis | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Penguraian protein kepada polipeptida atau asid amino yang lebih kecil. Proteolisis lazimnya termangkin oleh enzim sel yang dikenali sebagai protease, tetapi boleh juga berlaku secara pencernaan intramolekul. |
codon | kodon | Fizik | Nanoteknologi | Satu rantaian tiga nukleotid pada mRNA yang membentuk kod genetik bagi menghasilkan asid amino tertentu ke dalam rantai polipeptida semasa proses sintesis protein atau isyarat untuk memberhentikan sintesis protein tersebut. |
haemoglobin | hemoglobin | Fizik | Nanoteknologi | Molekul sel darah merah yang terdiri daripada sebatian porfirin, yang mengandungi ferum dan oksigen. Molekul ini terdiri daripada empat polipeptida yang merupakan subunit dalam kumpulan heme. Molekul ini membawa oksigen ke tisu badan dalam proses pernafasan. |
quaternary structure | struktur kuaterner | Fizik | Nanoteknologi | Struktur kompleks protein yang terdiri daripada berbilang subunit protein. Satu subunit protein terdiri daripada dua atau lebih rantaian polipeptida. Contoh protein berstruktur kuaterner ialah hemoglobin dan polimerase DNA. |
coregulator | pengawal atur bersama | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Protein di dalam sel yang dapat mempengaruhi pelbagai proses yang berkaitan dengan pengekspresan gen seperti permulaan transkripsi, pemanjangan RNA dan terjemahan mRNA kepada polipeptida. |
microcontact printing | percetakan mikrosentuh | Fizik | Nanoteknologi | Teknik untuk menghasilkan corak nanoskala litografi pada suatu permukaan emas menggunakan elastomer (bahan seperti getah) sebagai pengecap dan monolapisan alkiltiol sebagai dakwat. Teknik ini digunakan untuk mencetak lapisan protein dan polipeptida sintetik. Teknik ini mempunyai kelebihan berbanding teknik fotolitografi dalam mencorakkan lapisan biomolekul yang sensitif kerana tidak memerlukan penggunaan larutan yang tajam dan beralkali. |