Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pasukan tentera yg bertugas sbg polis (mengawasi tentera); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anggota tentera yg ditugasi menjalankan tugas-tugas polis dlm angkatan tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mandatory powerkuasa mandatoriSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang wajib dilaksanakan setelah diputuskan oleh satu badan berautoriti. Kuasa ini muktamad, tidak boleh dipinda atau dirayu dan tidak memberi sebarang pilihan kepada keputusan yang dibuat. Proses menjalankan kuasa ini akan dilakukan oleh sebuah badan seperti polis, tentera dan jabatan penjara. Contohnya, hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah merupakan hukuman mandatori.
mobocracymobokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang berada dalam keadaan kucar-kacir atau kacau-bilau apabila perusuh menguasai keadaan. Pada masa ini, undang-undang tidak dipatuhi dan masyarakat menjadi kelam-kabut. Keadaan seperti ini berlaku apabila kerajaan telah kehilangan kuasa atau gagal mengawal ketenteraman awam. Institusi pemerintahan seperti polis, tentera, kastam dan imigresen tidak berupaya melaksanakan tugas secara berkesan. Contohnya, Indonesia selepas kejatuhan nilai wang pada tahun 1998 dapat dianggap sebagai mobokrasi.
the authoritiespihak berkuasaSains PolitikPolitik PerbandinganBadan yang memiliki autoriti yang sah untuk melaksanakan pemerintahan, pentadbiran atau undang-undang. Badan ini merupakan sebahagian daripada institusi pemerintah dan bertanggungjawab untuk memastikan setiap peraturan, undang-undang dan arahan dituruti. Badan ini memiliki kuasa untuk memaksa dan mendakwa sesiapa yang ingkar atau melakukan kesalahan. Autoriti yang dimiliki oleh badan ini diberi oleh pemerintah. Contohnya, polis, tentera, kastam, imigresen dan pegawai kerajaan tempatan.
unmanned aerial vehicle (UAV)pesawat tanpa pemanduKejuruteraanTiadaSejenis kenderaan udara yang beroperasi tanpa pemandu yang digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pengawasan oleh pihak tentera, polis serta kegunaan domestik lain.
galloonanyaman bingkai bucuKesenianHiasan DalamanKain hiasan yang berjalur sempit, diperbuat daripada sutera atau kain renda yang digunakan sebagai anyaman bersulam untuk perhiasan pada alat perabot rumah, tekstil, langsir, serta pakaian seragam tentera dan polis.
dictatordiktatorSains PolitikPolitik PerbandinganSeseorang yang memiliki kuasa mutlak dan memerintah secara kuku besi. Pemerintah kejam ini sentiasa menafikan hak politik masyarakat seperti kebebasan mengundi, hak untuk bersuara, berorganisasi, berkumpul dan sebagainya. Setiap keputusan politik ditentukan oleh beliau tanpa diperiksa oleh pihak lain. Seorang diktator biasanya memerintah dengan sokongan agensi pemerintahan seperti tentera, polis, perkhidmatan awam dan mahkamah. Undang-undang yang diamalkan di bawah pemerintahan diktator bersifat tegar, berat sebelah dan tidak demokratik. Diktator juga akan menghukum secara sewenang-wenangnya penentang politik yang mencabar kuasa beliau. Contohnya, Jeneral Pinochet sewaktu memerintah Chile pada tahun 1 970-an.
selective mobilizationkerahan terpilihSains PolitikPolitik PerbandinganKerahan tenaga yang dilaksanakan apabila berlaku bencana yang tidak begitu serius atau yang tidak mengancam keselamatan nasional. Kerahan tenaga ini hanya melibatkan mereka yang terpilih bagi mengawal keadaan seperti pihak tentera atau polis. Contohnya, kerahan tenaga semasa berlakunya mogok, demonstrasi atau piket.

Kembali ke atas