Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.li.si] | ڤوليسي

Definisi : rancangan tindakan yg telah diper­setujui secara rasmi sbg asas utk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan dasar kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.li.si] | ڤوليسي

Definisi : dokumen yg mengandungi kontrak insurans; ~ insurans dokumen perjanjian yg mengandungi syarat-syarat perlindungan insurans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.li.si] | ڤوليسي

Definisi : IB polis; kepolisian yg berkaitan dgn polis (pd pel­bagai aspek), kepolisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.li.si] | ڤوليسي

Definisi : 1, = ~ insurans dokumen atau surat perjanjian antara syarikat insurans dgn pengambil insurans, yg mengandungi syarat-syarat perlindungan insurans. 2 rancangan tindakan yg disetujui, yg menjadi dasar sesebuah pergerakan, pertubuhan dll dlm melaksanakan sesuatu keputusan: ~ kerajaan; ~ parti politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata polisi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
umbrella liability policypolisi liabiliti payunginsuransTiadaPerlindungan tambahan yang pada dasarnya memberi had perlindungan yang tinggi, lebih daripada had polisi-polisi primer dan juga perlindungan liabiliti tambahan biasa. Perlindungan ini tertakluk kepada bendungan swainsurans.
Kinne ruleperaturan KinneinsuransTiadaRumus untuk menyelaras kerugian insurans harta apabila polisi-polisi insurans tidak serentak.
allocated benefitfaedah teruntukinsuransTiadaBayaran yang dibenarkan bagi tujuan tertentu amaun maksimum bagi setiap jenis faedah. Contoh: polisi-polisi hospital, sinar-x ubat-ubatan dan perbelanjaan lain yang ditetapkan.
concurrent insuransinsurans serentakinsuransTiadaDua atau lebih polisi insurans yang memberi perlindungan kepada kepentingan yang sama bagi harta yang sama. Jika terdapat dua atau lebih polisi insurans harta, pihak insurans tidak akan dilindungi dengan sempurna jika polisi-polisi tidak sama.
manuscript policypolisi manuskripinsuransTiadaPolisi yang disediakan untuk meliputi perlindungan atau syarat khusus yang tidak diperuntukan di dalam polisi standard. Lazimnya polisi ini disediakan oleh syarikat broker untuk sesuatu akaun yang besar dan perlu akur kepada undang-undang sesebuah negeri. Sekiranya timbul pertelingkahan pemahaman tentang polisi, doktrin kontrak kesertaan akan diubahsuai.
nonparticipation limitpolisi tanpa sertaaninsuransTiadaPolisi yang menjamin kos sebenar dengan lebih awal. Polisi ini dikenali sebagai tanpa sertaan disebabkan tidak mempunyai dividen. Polisi tanpa sertaan diurus niaga oleh syarikat insurans stok. Polisi dengan sertaan pula diurus niaga oleh syarikat insurans bersama. Syarikat stok, walau bagaimanapun boleh mengeluarkan polisi insurans sertaan.
omnibus clausefasal omnibusinsuransTiadaPerjanjian dalam kebanyakan polisi liabiliti automobil dan beberapa jenis lain, yang memperluaskan perlindungan polisi kepada mereka yang termasuk dalam takrif istilah insured, tanpa menamakan mereka dalam polisi. Contoh: polisi yang melindungi insured ternama serta yang tinggal bersamanya.
cheque alteration and forgery insuranceinsurans pemalsuan dan pengubahan cekinsuransTiadaSatu daripada dua jenis polisi. Pertama, polisi pemalsuan perdagangan yang digunakan oleh firma-firma selain daripada bank. Kedua, polisi pemalsuan deposit untuk melindungi insured dan banknya.
beneficiarywarisinsuransTiadaSeseorang yang berhak untuk menerima bayaran wang polisi di bawah polisi insurans selain daripada pembeli polisi itu sendiri.
excess insuranceinsurans lebihaninsuransTiadaPerlindungan tambahan kepada perlindungan utama daripada satu atau lebih polisi insurans. Polisi ini tidak membayar faedah kerugian sehingga amaun tuntutan melebihi jumlah tertentu.
12345678910...

Kembali ke atas