policy owner | empunya polisi/pemenang polisi | Ekonomi | Tiada | Tiada |
manuscripts policy | polisi manuskrip | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi yang disediakan untuk meliputi perlindungan atau syarat khusus yang tidak diperuntukkan di dalam polisi standard. Lazimnya polisi ini disediakan oleh syarikat broker untuk sesuatu akaun yang besar dan perlu akur kepada undang-undang sesebuah negeri. Sekiranya timbul pertelingkahan pemahaman tentang polisi, doktrin kontrak kesertaan akan diubah suai. |
cheque alteration and forgery insurance | insurans pemalsuan dan pengubahan cek | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Satu daripada dua jenis polisi. Pertama, polisi pemalsuan perdagangan yang digunakan oleh firma-firma selain daripada bank. Kedua, polisi pemalsuan deposit untuk melindungi insured dan banknya. |
omnibus clause | fasal omnibus | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perjanjian dalam kebanyakan polisi liabiliti automobil dan beberapa jenis lain, yang memperluaskan perlindungan polisi kepada mereka yang termasuk dalam takrif istilah pihak yang diinsuranskan, tanpa menamakan mereka dalam polisi. Contoh: polisi yang melindungi pihak yang diinsuranskan ternama serta mereka yang tinggal bersamanya. |
major hospitalization policy | polisi hospital utama | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi ini sama seperti polisi perubatan utama. Walau bagaimanapun polisi ini terhad kepada belanja yang timbul apabila pihak yang diinsuranskan dimasukkan ke hospital. |
bumbershoot policy | polisi bumbershoot | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi liabiliti yang serupa dengan polisi liabiliti payung yang juga meliputi perlindungan yang berkaitan dengan risiko marin lautan. Polisi ini juga menawarkan perlindungan pelanggaran averaj am dengan caj salvaj sebagai tambahan kepada perlindungan liabiliti am. |
umbrella liability policy | polisi liabiliti payung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan tambahan yang pada dasarnya memberi had perlindungan yang tinggi, lebih daripada had polisi-polisi primer dan juga perlindungan liabiliti tambahan biasa. Perlindungan ini tertakluk kepada bendungan swainsurans yang tinggi. |
excess insurance | insurans lebihan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan tambahan kepada perlindungan utama daripada satu atau lebih polisi insurans. Polisi ini tidak membayar faedah kerugian sehingga amaun tuntutan melebihi jumlah tertentu. |
stop loss | kerugian tersukat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan tambahan kepada perlindungan utama daripada satu atau lebih polisi insurans. Polisi ini tidak membayar faedah kerugian sehingga amaun tuntutan melebihi jumlah tertentu. |
persistency | ketegaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pengekalan polisi sepenuhnya sehingga tamat tempoh polisi tersebut. Ketegaran tinggi bermakna peratusan polisi yang tinggi berkuat kuasa hingga ke akhir jangka masa perlindungan, manakala ketegaran rendah bermakna terdapat peratusan polisi yang tinggi menjadi lupus kerana premium tidak dijelaskan. |