Maklumat Kata
Kamus Bahasa Inggeris
pope
Definisi :
n head of the Roman Catholic Church
, paus:
the ~s of the fifteenth century
, paus abad ke-lima belas;
P~ Pius XII
, Paus Pius ke-XII.
(Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
pope
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Inggeris
(14)
Istilah Bahasa Melayu
(5)
Khidmat Nasihat
(1)
Artikel Akhbar
(1)
Artikel Majalah
(1)
Ensiklopedia
(3)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Istilah Bahasa Melayu
Istilah Sumber
Istilah Sasar
Bidang
Subbidang
Huraian
pope
paus
Sejarah
Tiada
Ketua paderi yang tertinggi dalam sistem kepaderian gereja Roman Katholik.
heroic couplet
kuplet wiraan
Kesusasteraan
Tiada
Bentuk rangkap puisi yang terdiri daripada dua baris berima (biasanya dalam bentuk a, a) dan menggunakan iambic pentametre, iaitu sepuluh suku kata dengan lima tekanan. Bentuk ini berpunca daripada penggunaannya dalam puisi epik dan drama. Kuplet wiraan merupakan bentuk matra yang biasa digunakan terutamanya pada kurun ke-18. Bentuk ini dimantapkan oleh penyair Inggeris, Elexander
Pope
yang mempelbagaikan baris rangkap dan memecahkannya kepada jeda.
Pope
menggunakannya dalam satira, esei berangkap, dan rangkap puisi wiraan olokan. Contoh kuplet wiraan dalam karya
Pope
berjudul Epistle II: To A Lady: Of the Characters of Women adalah seperti yang berikut: Notihing so true as what you once let fall, Most women have no characters at all. Lihat juga epik olokan, pentameter iambik, wiraan olokan.
mock epic
epik olokan
Kesusasteraan
Tiada
Naratif panjang tentang sesuatu tajuk yang ringan dan remeh tetapi disampaikan dengan gaya epik mengikuti konvensi tersebut. Tujuannya untuk mempersendakan atau menyindir sesuatu subjek dengan gaya penyampaian yang terhormat. Dalam epik olokan, sering terdapat dialog yang membicarakan hal dan perkara yang remeh-temah dengan serius. Biasanya, karya dalam epik olokan hampir menyamai bentuk epik wira yang menimbulkan kesan lucu dan absurd. Contohnya karya
Pope
berjudul The Rape of the Lock, merupakan contoh yang baik bagi menggambarkan situasi ini. Karya seperti ini membangkitkan persengketaan keluarga yang sengit yang dicetuskan oleh suatu peristiwa remeh, iaitu kisah pemotongan segumpal rambut seorang gadis yang bernama Arabella Fermor. Bentuk yang hampir sama ditemui dalam wiraan olakan. Lihat juga burlesque, satira.
burlesque
burlesque
Kesusasteraan
Tiada
Gaya penulisan atau persembahan yang meniru suatu gaya penulisan atau persembahan yang lain dengan tujuan mempersendakannya. Ada dua jenis burlesque iaitu burlesque tinggi dan rendah. Ciri utama kedua-dua burlesque iaitu burlesque tinggi dan rendah. Ciri utama kedua-dua burlesque ini ialah ketidakserasian antara isi dengan gaya. Burlesque tinggi memaparkan perkara remeh-temah dengan menggunakan gaya tinggi dan halus. Contoh burlesque tinggi dalam persembahan drama ialah The Rehearsal oleh George Viliers, sementara contoh dalam penulisan ialah The Rape of the Lock oleh Alexandera
Pope
. Burlesque rendah pula memaparkan perkara yang serius dengan gaya yang kasar dan sambil lewa. Contoh burlesque rendah dalam pementasan drama muzikal ialah Springtime for Hitler yang dirancang untuk filem Mel Brooks bertajuk The Producers. Contoh dalam penulisan novel ialah Nightmare Abbey oleh Thomas L. Peacock yang mempersendakan gaya novel gotik. Lihat juga novel gotik.
neo-classicism
neoklasisme
Kesusasteraan
Tiada
Gaya penulisan yang berasaskan ciri-ciri warisan Latin dan Yunani klasik yang dihidupkan semula di Eropah. Gaya penulisan menggunakan ciri-ciri keseimbangan, kesantunan, ketelitian dan kejituan dihidupkan semula di Eropah pada abad ke-17 dan 18. Mengikut peraturannya fungsi puisi adalah untuk pendidikan moral, manakala bentuk puisi perlu terhad kepada bentuk yang tetap seperti kuplet wiraan bagi mencerminkan keadaan manusia yang terhad dan serba kekurangan. Berbanding dengan romantisisme yang dianggap lebih bebas dan ghairah, neoklasisme mewakili sistem nilai yang lebih mengutamakan kewarasan, kejelahan, disiplin dan ketertiban sesuai dengan zaman yang dikenali sebagai Zaman Rasional. Oleh sebab nilai klasik dianggap sudah sempurna, tugas penulisan moden adalah untuk meniru gaya warisan ini. Antara penulis utama neoklasisme ialah Dryden,
Pope
, Addison, Johnson, goldsmith dan Swift. Lihat juga kuplet wiraan, romantisisme.
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...