Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.ra/.pe.ran.da] | ڤورق - ڤرندا

Definisi : 1. (keadaan) tidak tenteram (huru-hara dsb), kucar-kacir: kampung kami yg aman damai menjadi ~; masalah ini boleh mengakibatkan ~ dlm masyarakat; ada juga yg menganggap isu itu sbg punca berlakunya ~ dan keruntuhan sesebuah rumah tangga; 2. cerai-berai, berserak; memporak-perandakan menjadi porak­peranda (kacau-bilau, kucar-kacir, morat­marit): perbuatan itu akan melahirkan permusuhan dan boleh ~ masyarakat; keporak-perandaan perihal porak-peranda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.ra/.pe.ran.da] | ڤورق - ڤرندا

Definisi : berserak-serak, bercerai-­berai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.ra/.pe.ran.da] | ڤورق - ڤرندا

Definisi : bercerai-berai tidak keruan; kucar-kacir: Keadaan di dlm negeri Kembayat menjadi ~. memporak-perandakan menjadikan porak-peranda; mengacau-bilaukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
porak
Kata Terbitan : porak-peranda, porak-parik, memporak-perandakan,