Arita porcelain | porselin Arita | Kesenian | Hiasan Dalaman | Porselin buatan tangan yang dihasilkan di Arita, Jepun pada abad ke-16. Porselin Arita diperbuat daripada tanah liat putih yang terbaik di dunia dan hanya terdapat di barat Pulau Kyushu, Jepun. Porselin ini istimewa kerana mempunyai pelbagai reka bentuk dengan warna yang menarik, bersadur dan tidak mudah pudar. Porselin Arita mula dieksport ke Eropah pada abad ke-17 dan dikenali juga sebagai perkakasan Imari. |
eggshell porcelain | porselin kulit telur | Kesenian | Hiasan Dalaman | Porselin nipis abad ke-15 yang berasal dari negara China. Porselin ini dijadikan perkakasan seramik gred tinggi yang dicirikan dengan kekuatan tinggi, berwarna putih, kelutcahayaan yang baik, keras serta mempunyai daya penyerapan air yang rendah. |
porcelain | porselin | Kesenian | Hiasan Dalaman | Barangan seramik bersifat keras dan lut cahaya yang ditemui di China pada sekitar tahun 800 Masihi. |
Chelsea porcelain | porselin Chelsea | Kesenian | Hiasan Dalaman | Tembikar yang dibuat di Chelsea, England dan mula terkenal pada tahun 1743. Pada asalnya, tembikar ini diperbuat daripada bancuhan lembut, yang terdiri daripada timah oksida. |
armorial China | armorial China | Kesenian | Hiasan Dalaman | Porselin seramik dari negara China yang dihiasi dengan corak jata atau lambang tertentu di bahagian atas, tengah, atau tepinya. Seramik ini biasanya digunakan sebagai bekas untuk menghidang makanan atau minuman. |
plaque | plak | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan kayu, keluli atau porselin nipis dan rata yang dihias atau dicetak sebagai unsur hiasan dinding. |
Gooch crucible | mangkuk pijar Gooch | Kimia | Kimia Analisis | Penapis yang terdiri daripada cawan porselin yang mempunyai lubang-lubang kecil pada dasarnya dan ditutupi oleh satu lapisan nipis gentian asbestos yang bertindak sebagai medium penurasan. Ia juga dinekali sebagai penuras Gooch. |
Fulham stoneware | tembikar Fulham | Kesenian | Hiasan Dalaman | Tembikar yang mempunyai permukaan berkilat dan dikaitkan dengan porselin, dan berasal dari daerah Fulham di England. Tembikar ini diperkenalkan oleh Robert Wallace Martin pada tahun 1873. |
Dutch cupboard | almari Belanda | Kesenian | Hiasan Dalaman | Almari yang mempunyai rak, yang digunakan untuk mempamerkan barangan porselin Cina. Pintu almari ini dibina, sama ada bertutup atau berpanel kaca. |
garden stool | bangku taman | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bangku tempat duduk di kawasan taman yang diperbuat daripada bahan tahan cuaca, seperti kayu, batu, logam atau porselin. |