Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pos] | ڤوس

Definisi : 1. sistem atau perkhidmatan menghantar surat, bungkusan, dsb: tawaran-tawaran yg tidak dihantar melalui ~ hendaklah dimasukkan ke dlm peti tawaran di pejabat itu; kartu (kad) ~ Id kad bersetem yg dijual di pejabat pos dan boleh dikirim melalui pos pd kadar yg lebih rendah drpd surat yg bersampul; kereta ~ kereta yg menjalankan urusan jabatan pos; pejabat ~ = Id kantor ~ pejabat tempat mengirim surat (wang dll); 2. surat, bungkusan, dll yg dihantar melalui pos; 3. Id kereta (kuda dll) yg menguruskan kiriman surat dll pd zaman dahulu; 4. Id ark perhentian kereta pos pd zaman dahulu; 5. Id, bp perhentian kereta api dll, stesen; ~ berdaftar perkhidmatan menghantar surat, bungkusan dsb yg didaftarkan, biasanya dikenakan bayaran yg lebih mahal sedikit dan diberi ganti rugi sekiranya surat, bungkusan dsb itu hilang atau rosak; ~ laju sistem atau perkhidmatan menghantar bungkusan, surat dsb dgn cepat yg disediakan oleh jabatan pos atau syarikat tertentu; mengepos mengirim (surat dll) melalui pos; mengeposkan mengepos utk: dia pergi ke pekan utk ~ kakaknya surat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pos] | ڤوس

Definisi : 1. pondok atau tempat polis (tentera dll) berjaga: si Amat masih menjaga ~nya; 2. jawatan atau kedudukan orang yg men­jalankan tugas (pegawai dll); 3. Id rumah atau tempat orang menjaga (mengawasi) gunung berapi dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pos] | ڤوس

Definisi : Id 1. sejumlah wang bagi peruntukan sesuatu keperluan (pekerjaan dll); 2. bahagian drpd anggaran belanja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pos] | ڤوس

Definisi : 1 badan (syarikat) yg mengurus hal-hal mengenai kiriman surat (barang, wang dll). 2 barang-barang (spt surat, wang) yg dikirim dgn perantaraan pos 1. ~ laju perkhidmatan menghantar surat, bungkusan dsb dgn cepat, yg disediakan oleh pejabat pos atau syarikat tertentu, dan dikenakan bayaran. mengepos mengirim (surat dll) melalui pos: Dia sudah pun ~ surat itu. mengeposkan mengirim (surat dll) utk seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pos] | ڤوس

Definisi : pondok tempat polis (askar) berkawal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pos
Kata Terbitan : mengepos, pengeposan, pengepos,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parcel post insuranceinsurans pos bungkusaninsuransTiadaPerlindungan bagi insured terhadap kerosakan atau kehilangan bungkusan ketika ianya dalam jagaan jabatan pos. Bungkusan akan diinsuranskan oleh jabatan pos itu sendiri atau dibeli daripada syarikat insurans.
package theftpencuri bungkusanKriminologiTiadaIndividu yang mencuri bungkusan yang dihantar melalui pos atau kurier dari rumah penerima bungkusan.
registered mail insuranceinsurans mel berdaftarinsuransTiadaPerlindungan untuk kehilangan wang dan sekuriti yang dihantar melalui pejabat pos secara surat berdaftar.
genechipgencipFizikNanoteknologiCip yang mengukur paras ungkapan gen secara serentak ke atas semua transkrip dalam sesuatu sampel tisu. Cip ini bersaiz sama seperti satu setem pos yang terdiri daripada substrat kaca yang mengandungi kira-kira 400 000 sel halus. Setiap sel tersebut memegang DNA daripada pelbagai gen manusia. Cip ini digunakan untuk menganalisis gen, seperti pengenalpastian gen kanser.
credit instrumentalat kreditEkonomiTiadaSebarang dokumen yang melibatkan pemindahan wang daripada seorang individu kepada seorang individu yang lain. Misalnya, cek, nota janji, draf, surat kredit, wang pos, dan kiriman wang.
catchment areakawasan tadahanPerancangan dan Pembangunan BandarTiada(1) Kawasan petempatan yang menerima satu-satu jenis perkhidmatan daripada sesuatu institusi seperti pusat perniagaan, perkhidmatan sosial seperti kesihatan, pelajaran, dan pejabat pos. (2) Satu kawasan yang termasuk dalam kawasan pengaruh sesuatu petempatan bandar.
blanket crime policypolisi jenayah sarwainsuransTiadaPolisi yang memberi perlindungan untuk ketidakjujuran pekerja, kehilangan wang dan sekuriti di dalam dan di luar premis yang dilindungi, penipuan oleh pendeposit, penipuan dan kehilangan wang pos.
protest notesurat protesSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan protes yang dijalankan dalam bentuk nota atau surat. Nota ini akan diserahkan kepada pihak yang lebih berkuasa seperti kerajaan, majikan atau pihak yang berautoriti oleh individu, kumpulan atau organisasi sebagai membantah suatu dasar yang dilaksanakan oleh badan tersebut. Surat protes ini menyatakan sebab-sebab bantahan dan memaklumkan kehendak mereka. Surat ini boleh diserahkan melalui pos atau dengan tangan secara beramai-ramai kepada pihak berkenaan. Contohnya, nota yang diserahkan oleh ABIM kepada kedutaan Amerika Syarikat sebagai bantahan mereka terhadap tindakan tentera negara tersebut menyerang Iraq pada tahun 2003.
election fraudpenipuan pilihan rayaSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan penyelewengan yang dibuat dalam pilihan raya untuk mendapatkan kemenangan atau menjatuhkan sesuatu lawan. Penipuan boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti mewujudkan pengundi hantu, penggunaan wang dengan mengupah pegawai pilihan raya atau pembelian undi, penyelewengan dalam senarai pendaftaran, pemaksaan pengundi untuk memilih calon tertentu, pemindahan pengundi dari senarai pendaftaran ke kawasan lain, pengisian kotak undi dengan kertas undi terlebih dahulu sebelum hari pengundian dan penambahan atau pemindaan undi dalam kertas undi pos. Penipuan boleh dibuat oleh mana-mana pihak, namun lebih banyak dilakukan oleh pihak yang menguasai badan yang menjalankan pilihan raya. Contohnya, penggunaan kad pengenalan seorang yang sudah meninggal dunia yang tidak didaftarkan kematiannya untuk mengundi merupakan satu penipuan dalam pilihan raya.

Kembali ke atas