Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.si.tron] | ڤوسيترون

Definisi : (Fiz) sj zarah bercas positif yg jisim­nya sama dgn elektron (tetapi berlawanan cas). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata positron


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
positron emission tomography (PET)tomografi pancaran positron (PET)PerubatanTiadaSejenis prosedur perubatan nuklear yang boleh mengukur aktiviti metabolisme dalam sel-sel tisu badan.
annihilation radiationsinaran musnah habisTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSinaran sekunder yang terhasil semasa penggunaan radiografi sinar gama atau sinar-X bertenaga tinggi. Sinaran sekunder ini terjadi apabila elektron dan positron terhasil akibat pemusnahhabisan sinaran foton. Positron yang terhasil mempunyai tempoh hayat yang singkat, bercas positif dan berjisim sama dengan elektron serta hilang melalui penghasilan dua foton. Sinaran musnah habis terhasil apabila positron bertembung dengan elektron dan menyebabkan kedua-duanya musnah dan hilang. Pertembungan ini menghasilkan sinar gama yang bertenaga 511 keV dan bergerak ke arah bertentangan.
pair productionpenghasilan berpasanganTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFenomena yang terjadi hasil tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga lebih daripada 1.02  MeV dengan nukleas atom. Tindak balas ini menyebabkan pasangan elektron dan positron terhasil dengan masing-masing bertenaga 0.51 MeV. Kedua-dua elektron berlainan cas ini akan bercantum semula secara musnah habis untuk menjadi foton. Proses ini berlaku apabila foton bertenaga tinggi melalui bahan bernombor atom tinggi. Lihat juga sinaran musnah habis.

Kembali ke atas