posterior | posterior | Sains Sukan | Biomekanik | Berkaitan dengan orientasi kedudukan yang mengarah ke bahagian belakang jasad. Contohnya, jantung terletak pada posisi posterior dari tulang rusuk. |
kyphoscolosis | kifoskolosis | Kejururawatan | Tiada | Gabungan tidak normal posterior dan lateral pada lengkungan tulang belakang. |
geometrical axis | paksi geometri | Sains Kesihatan | Tiada | Garis yang melalui kutub anterior dan posterior mata. |
antidiuretic hormone (ADH) | hormon antidiuretik (ADH) | Kejururawatan | Tiada | Hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari posterior yang berfungsi mengawal keseimbangan cecair badan dengan menggalakkan penyerapan semula cecair di tubul nefron. |
anteroposterior axis | paksi anteroposterior | Sains Sukan | Biomekanik | Garisan bayangan yang merentasi dari bahagian hadapan (anterior) ke bahagian belakang (posterior) dan bersudut tepat dengan satah frontal. Lihat juga satah frontal. |
frontal plane | satah frontal | Sains Sukan | Biomekanik | Satah yang membahagikan badan kepada dua bahagian, iaitu hadapan (anterior) dan belakang (posterior). Satah ini merentas dari kanan ke kiri badan. Antara pergerakan asas yang utama pada satah ini ialah abduksi dan aduksi. Sinonim satah koronal. Lihat juga abduksi, aduksi. |
anterior cruciate ligament | ligamen krusiat anterior | Sains Sukan | Biomekanik | Satu atau dua ligamen pada sendi lutut yang mempunyai lekatan di tibia anterior dan kondil lateral posterior di femur. |