antigravity muscles | otot antigraviti | Sains Sukan | Biomekanik | Otot yang menentang daya graviti semasa postur badan dalam keadaan berdiri. Otot antigraviti berperanan dalam memastikan tubuh dalam keadaan tegak atau dalam keseimbangan postur. Contohnya, semasa dalam keadaan berdiri tegak, antara otot antigraviti yang terlibat ialah otot gastroknemius dan otot soleus (tumit), otot kuadriseps femoralis (paha) dan otot gluteus maksimus (pinggul). |
anticipatory stabilization | penstabilan antisipasi | Sains Sukan | Biomekanik | Penyesuaian postur badan secara automatik yang menghasilkan pergerakan untuk menstabilkan sistem semasa antisipasi terhadap gangguan mekanikal yang berkaitan dengan pergerakan. Antisipasi bermaksud menduga pergerakan lawan dengan lebih awal. Contohnya, dalam perlawanan badminton, apabila pemain A melompat, maka pemain B perlu melakukan antisipasi, iaitu menduga lebih awal tindakan yang akan dilakukan oleh pemain A sama ada melakukan syot junam, smesy ke kiri atau ke kanan dan sebagainya. Dalam keadaan ini, postur badan perlu berada dalam keadaan yang betul dengan tindakan yang dilakukan, seperti kaki kanan dan tangan kanan ke hadapan. |
motor control | kawalan motor | Sains Sukan | Biomekanik | Kajian berkaitan dengan postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawal kedua-duanya. Kajian ini menjelaskan cara berlakunya organisasi semua proses yang terlibat dalam mekanisme kawalan pergerakan. Kawalan ini dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi. Lihat juga lakuan motor. |
nystagmus blockage syndrome | sindrom halang nistagmus | Sains Kesihatan | Tiada | Kepelbagaian perubahan postur kepala dan mata yang dilakukan oleh pesakit untuk menghalang nistagmus. |
tardive dystonia | distonia tardif | Perubatan | Psikiatri | Gangguan neurologi yang dicirikan oleh ketegangan otot yang berterusan dan menyebabkan pergerakan terbatas atau postur badan menjadi luar biasa. |
kyphosis | kifosis | Sains Sukan | Biomekanik | Keadaan tidak normal pada struktur tulang belakang yang melengkung di kawasan toraks tulang belakang, yang menjejaskan postur dan keupayaan untuk bergerak dengan cekap. |
biomechanics of activities daily living | biomekanik aktiviti harian | Sains Sukan | Biomekanik | Bidang khusus biomekanik yang memberi tumpuan kepada pergerakan warga tua dan golongan kelainan upaya. Contohnya, kajian tentang warga tua yang hilang kawalan postur apabila penghasilan dopamina di dalam otak mengalami kemerosotan yang ketara. |
isometric contraction | penguncupan isometrik | Sains Sukan | Biomekanik | Penguncupan yang tidak melibatkan perubahan pada panjang otot. Penguncupan ini menghasilkan daya tetapi tidak menghasilkan pergerakan. Contohnnya, dalam acara larian pecut, semua otot pelari mengalami penguncupan isometrik ketika mengawal postur antara tempoh �bersedia� dengan tembakan pelepas. |
activity of daily living | aktiviti hidup harian | Kejururawatan | Tiada | Aktiviti normal yang dilakukan dalam kehidupan harian seseorang individu yang sihat. Menurut Virginia Henderson, aktiviti tersebut terbahagi kepada 14 seperti yang berikut, iaitu: (a) bernafas secara normal (b) makan dan minum secukupnya (c) perkumuhan secara normal (d) bergerak bebas dan mengekalkan postur yang betul (e) tidur dan rehat (f) berpakaian yang sesuai (g) pengekalan suhu badan normal (h) kebersihan dan keterampilan diri, dan melindungi kulit (i) mengekalkan keselamatan diri (j) berkomunikasi dan meluahkan emosi (k) mengamalkan kepercayaan agama (l) kepuasan diri (m) mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi (n) belajar dan sifat ingin tahu untuk memenuhi kepuasan perkembangan, dan kesihatan |