Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.tén.si] | ڤوتينسي

Definisi : (poténsi) kemampuan (mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupaya­an utk berkembang maju dsb: EEC akan memberikan penerangan kpd Asean tentang hasil kajian berhubung dgn ~ usaha sama antara negara-negara Asean; berpotensi mempunyai potensi, berkemam­puan, berkebolehan, berkesanggupan, berke­upayaan (utk berkembang maju dsb): rasional, sikap yg mengabaikan pasaran ASEAN yg jelas ~ sesungguhnya sukar hendak difahami; pemimpin yg ~; adakah kata-kata itu ~ utk digunakan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.tén.si] | ڤوتينسي

Definisi : /poténsi/ kemampuan utk mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu; keupayaan: Beliau mempunyai ~ utk lulus dgn cemerlang. berpotensi mempunyai potensi, berkemampuan, berkeupayaan: Memandangkan kebolehannya, beliau ~ utk menjadi pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potensi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kebolehan, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kecekapan, kelayakan, bakat, kaliber;,
Kata Terbitan : berpotensi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biotic potentialpotensi biotikPertanianAgronomi

Keupayaan maksimum bagi sesuatu organisma yang dapat membiak dalam keadaan persekitaran yang optimum. Potensi biotik biasanya dihadkan oleh rintangan persekitaran seperti keadaan suhu dan kelembapan. Potensi biotik akan menjadi kenyataan sekiranya keadaan persekitaran yang paling sesuai diperolehi. Organisma yang berpotensi biotik akan berkembang mengikut pertumbuhan secara eksponen dan dididapati mempunyai tahap kesuburan yang tinggi.

anaesthetic potencypotensi anestesiaPerubatanTiadaKekuatan atau keberkesanan ubat anestesia yang digunakan kepada pesakit. Ubat yang mengandungi dos kecil tetapi memberi kesan anestesia yang kuat dapat dianggap sebagai ubat yang mempunyai potensi tinggi. Contohnya, agen meruap halotana mempunyai potensi yang lebih tinggi berbanding agen meruap isoflurana kerana boleh menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri atau pengsan lebih cepat dan lama.
desiccation toleranceketahanan pengeringanBotaniTiadaKeupayaan tumbuhan untuk berfungsi pada potensi air yang rendah. Ketahanan pengeringan diukur berdasarkan potensi air persekitaran atau kandungan air tisu yang menyebabkan 50% kematian sel.
potential evapotranspirationpotensi penyejatpeluhanPertanianAgronomi

Keupayaan faktor persekitaran seperti suhu dan kelembapan relatif untuk menyebabkan kehilangan air dari permukaan tanah melalui penyejatan dan daripada tanaman melalui proses penyejatpeluhan. Suhu yang tinggi serta kelembapan yang rendah meningkatkan keupayaan penyejatpeluhan. Potensi penyejatpeluhan diukur dengan alat takungan evaporimeter yang mencatatkan kehilangan air dalam satu hari yang didedahkan kepada matahari.

potential transpirationpotensi peluhanPertanianAgronomi

Keupayaan faktor persekitaran seperti suhu dan kelembapan relatif yang  menyebabkan kehilangan air daripada tanaman melalui proses penyejatpeluhan. Ciri tanaman yang mempengaruhi penyejatpeluhan bergantung pada keupayaannya mengawal kehilangan air. Contohnya, tanaman sukulen seperti kaktus mempunyai batang yang menyimpan air dan menghalang penyejatpeluhan. Tanaman yang berdaun lebar dan mempunyai stomata yang banyak akan meningkatkan potensi peluhan.

site surveytinjauan tapakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah untuk meninjau kawasan bagi mendapatkan bukti atau fenomena yang boleh membantu dalam menentukan potensi arkeologi sesuatu kawasan. Terdapat pelbagai jenis tinjauan antaranya, kaedah berjalan kaki terkawal, survei geofizik dan pengesan logam. Tinjauan ini membolehkan arkeologi mengetahui potensi dan fitur tanpa merosakkan tapak yang menjadi panduan untuk penyelidikan lanjutan.
potencypotensiPerubatanTiadaTiada
potencypotensiPsikologiTiadaTiada
radiation potentialpotensi penyinaranFizikTiadaTiada
potential evaporationpotensi sejatanGeografiTiadaJumlah air paling banyak yang boleh disejatkan daripada tumbuhan pada sesebuah kawasan.
12345678910...

Kembali ke atas