total income | jumlah pendapatan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pendapatan terkumpul tolak potongan-potongan tertentu di bawah Akta Cukai Pendapatan seperti rugi larasan tahun semasa, belanja cari gali dan derma kepada institusi lulus. |
bar cut | potongan bar | Perikanan | Tiada | Potongan yang dibuat pada bahagian mata pukat, yang disebut kaki. Setiap mata pukat mempunyai empat kaki dan empat ikatan atau titik. Potongan yang dibuat pada setiap kaki disebut potongan kaki dan potongan yang dibuat pada setiap ikatan disebut potongan titik. Potongan ini dilakukan untuk membentuk pukat seperti yang dikehendaki. Contohnya, potongan bar untuk membuat keroncong pukat. |
die cut | potongan acuan; potongan dadu | Kejuruteraan | Tiada | Potongan yang menghasilkan bahan dengan cara menebuk kepingan bahan. |
accelerated montage | montaj cepat | Komunikasi | Tiada | Montaj yang memperlihatkan pergerakan atau perubahan visual yang berlaku dengan cepat apabila ditayangkan semula. Kaedah yang dilakukan untuk menghasilkan montaj cepat ialah dengan cara mencantumkan potongan-potongan visual pendek mengikut keperluan. |
mirepoix | mirepoix; potongan sembarangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Mirepoix: Bahan daripada campuran bawang, lobak merah, lik, potongan saderi kasar sebagai perencah, perasa atau bau untuk kaldu dan sos. 2. Potongan sembarangan: Potongan sayur yang tidak seragam. |
saddle clamp | pengapit pelana | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : pengapit pembaik bocor Peranti mekanikal yang digunakan untuk memegang atau menahan potongan logam, misalnya potongan paip yang mempunyai kelengkungan yang sama supaya potongan logam-logam tersebut bersatu. Boleh juga digunakan sebagai pengedap sementara jika berlaku kebocoran terutamanya pada talian paip di permukaan. |
diskaun | diskaun | Matematik | Tiada | Potongan harga barang jualan. Potongan harga biasanya ditentukan dengan menolak beberapa peratus daripada harga asal. |
cents-off promo | galakan potongan harga | Komunikasi | Korporat | Stragegi sokongan untuk meningkatkan pasaran barangan atau perkhidmatan. Strategi ini dilakukan dengan memberikan potongan harga terhadap barangan atau perkhidmatan untuk satu tempoh tertentu. Potongan harga terdapat dalam pelbagai bentuk seperti pakej potongan harga asas, jualan satu sen, tawaran percuma, atau pembayaran balik bukti pembelian asal. Contohnya, sebuah syarikat penerbangan yang membuat promosi penempahan tiket penerbangan ke sesuatu destinasi secara percuma. Walau bagaimanapun, sewaktu tiket ditempah pengguna perlu membuat bayaran untuk tiket penerbangan pulang pada harga sebenar. Ciri promosi ini adalah pelbagai dan menguntungkan pelanggan. Walau bagaimanapun, tempat promosi ini adalah sangat terbatas dari segi masa, hari, atau jenis barangan. |
cutting unit | unit potongan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Keluasan permukaan kayu yang berukuran 1 inci lebar dan 1 kaki panjang, yang bersamaan 12 inci persegi. Misalnya, jumlah unit potongan bagi kayu berukuran 6 inci lebar dan 6 kaki panjang ialah 36 unit potongan. Peratusan unit potongan muka bersih digunakan dalam pengredan kepingan kayu. |
tournedos | turnedos | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Potongan stik kecil daripada potongan tenderloin daging lembu. |