Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.trét] | ڤوتريت

Definisi : (potrét) 1. gambar yg diambil dgn meng­gunakan kamera, foto; tukang ~ tukang gambar; 2. gambar orang yg dilukis; memotret 1. mengambil gambar dgn kamera, membuat foto: kedua-dua pelancong itu sibuk ~ bangunan-bangunan pencakar langit dan warung-warung kecil; 2. melukis potret; pemotretan hal atau perbuatan memotret; pemotret 1. tukang potret; 2. = alat ~ alat utk memotret; 3. pelukis sesuatu potret. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.trét] | ڤوتريت

Definisi : /potrét/ 1 gambar yg diambil dgn menggunakan kamera. 2 gambar yg dilukis (biasanya gambar manusia). memotret 1 mengambil gambar dgn kamera. 2 melukis gambar; membuat lukisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potret
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :lukis, lukisan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
portrait rightshak potretUndang-undangTiadaTiada
disenchantmenthilang pesonaKesusasteraanTiadaLenyapnya rasa takjub yang dirangsang oleh imej dan ikon magis, contohnya cermin ajaib dan potret berhantu. Kelenyapan ini berlaku kerana imej dan ikon tersebut mengalami perubahan, sejajar dengan perkembangan tamadun manusia yang berpaksikan kewarasan. Justeru, imej dan ikon tersebut ditafsirkan secara rasional.
pastichepasticKesenianHiasan DalamanKarya seni yang menggunakan pelbagai gaya yang dipinjam dan digubah mengikut gaya dan cara pereka lain. Pastik dicipta sebagai bahan sindiran atau jenaka, contohnya lukisan potret Monalisa yang digambarkan berpakaian Kimono.
prediction/ forecastramalanKesusasteraanTiadaJalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT.

Kembali ke atas