Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pra.ka.ta] | ڤراکات

Definisi : kata alu-aluan oleh tokoh tertentu utk sesebuah buku dll, mukadimah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pra.ka.ta] | ڤراکات

Definisi : kata pendahuluan (dlm sesebuah buku dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
prakata (kata nama)
Bersinonim dengan pendahuluan, kata pengantar, mukadimah, pembukaan, intro, prolog.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prefaceprakata-TiadaUngkapan pengenalan pada halaman awalan bahan terbitan yang disediakan oleh penulis atau penerbit.
front matterbahan awalan-TiadaBahan sebelum teks utama seperti judul separa, judul penuh, senarai kandungan dan prakata. Sinonim prelim. Banding back matter.
intentional fallacykekeliruan hasratKesusasteraanTiadaKonsep yang dizahirkan oleh pengarang berhubung dengan tanggapan, kekeliruan serta pemahamannya terhadap makna teks. Tanggapan ini terbit daripada amalan kritikan biografi yang terlalu bergantung pada data biografi pengarang untuk mengupas makna teks. Istilah ini diperkenalkan oleh W.K. Wimsatt dan M.C. Beardsley pada tahun 1946. Mereka berpendapat bahawa niat pengarang, sama ada dinyatakan secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan, adalah tidak relevan untuk pentafsiran teks. Hal ini demikian kerana makna terletak pada teks yang telah dihasilkan dan menjadi milik khalayak. Walau bagaimanapun, konsep ini dirumus semula untuk membenarkan penggunaan maklumat tentang niat pengarang dalam menginterpretasikan teks, khususnya dalam kes-kes tertentu. Contohnya, niat pengarang yang terserlah dalam prakata teks, surat, dan lain-lain yang akur dengan makna teks. Sebaliknya, niat pengarang yang tidak akur dengan makna teks diketepikan dan kaedah alternatif digunakan sebagai ganti. Pada zaman pasca-Freud, hasrat penulis menimbulkan syak wasangka kerana konsep bawah sedar memainkan peranan yang penting dalam penghasilan teks. Oleh sebab itu, pembaca tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang dihasratkan penulis, tetapi mereka perlu mencari makna teks berdasarkan pemahaman dan tafsiran mereka sendiri.

Kembali ke atas