firewall | tembok api | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian atau perkakasan yang digunakan untuk mengawal capaian keluar dan masuk ke prasarana pengkomputeran organisasi berasaskan dasar keselamatan. Perisian atau perkakasan ini mempunyai petua yang mengandungi senarai capaian seperti hos, alamat IP, nombor port, ID pengguna, dan proses yang dibenarkan untuk menggunakan prasarana komputer tersebut. Percubaan mencapai dengan cara lain akan terhalang. Antara jenis tembok api ialah penapis paket, proksi aplikasi dan tembok api peribadi. |
National Information Infrastructure (NII) | Prasarana Maklumat Kebangsaan (NII) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Rangkaian peralatan dan peranti teknologi maklumat dalam sesebuah negara yang meliputi peralatan milik pentadbiran awam, swasta dan juga individu. Alat yang terlibat dalam NII ialah seperti perkakasan pengkomputeran, contohnya komputer meja dan pelayan, peranti input dan output, dan media storan yang semuanya dihubungkan oleh alat komunikasi dan pemancar, atau pemantul isyarat. Contohnya, satelit, litar suis dan pemancar gelombang mikro melalui perantara penghantaran, seperti wayar telefon dan gelombang radio. |
health care information infrastructure (HCII) | prasarana maklumat rawatan perubatan (HCII) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Inisiatif piawaian penjagaan kesihatan bagi pembangunan sistem teknologi maklumat kesihatan yang saling kendali, seperti rekod kesihatan elektronik (EHR), rekod perubatan elektronik (EMR), sistem maklumat hospital (HIS), dan seumpamanya. Inisiatif ini juga menggalakkan kolaborasi antara sektor awam dengan swasta. |
pre-modern tourism | pelancongan pramoden | Pelancongan | Tiada | Aktiviti pelancongan berdasarkan prasarana sebelum wujudnya kemudahan moden, seperti jet penumpang, kereta api laju dan kapal peranginan. |
overt channel | saluran terbuka | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Laluan komunikasi dalam prasarana pengkomputeran yang sememangnya diwujudkan untuk tujuan penghantaran maklumat secara sah. |
open security environment | persekitaran keselamatan terbuka | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Keadaan apabila persekitaran penggunaan prasarana sistem komputer tidak boleh memberi jaminan keselamatan ke atas pengguna atau aset dalam sistem komputer tersebut daripada kod atau tindakan hasad, sama ada sebelum atau selepas sistem komputer berkenaan digunakan. |
caravan tourism | pelancongan karavan | Pelancongan | Tiada | Aktiviti pelancongan yang menggunakan karavan dan menyediakan kemudahan prasarana yang berkaitan. |
vulnerability assessment | taksiran kegoyahan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penilaian yang dibuat ke atas perisian, perkakasan, peranti, dan prasarana sistem komputer untuk menentukan kemungkinan wujudnya kelemahan pada perkara ini yang boleh disalahgunakan oleh pengguna hasad untuk kepentingannya sendiri. |
security assessment | taksiran sekuriti | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penilaian dan pengujian yang bertujuan untuk mendedahkan kelemahan, kepayahan, atau risiko yang wujud pada perisian, perkakasan, peranti, dan prasarana sistem komputer. Taksiran ini dibuat untuk menentukan kewujudan keadaan pada sistem yang boleh membahayakan aset sistem komputer tersebut atau membuka peluang kepada pengguna hasad untuk menyalahgunakan aset sistem komputer. |
penetration testing | ujian penembusan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah menguji kekukuhan mekanisme keselamatan sistem komputer dengan membuat pencerobohan yang terancang. Matlamat pengujian ini adalah untuk mencari kelemahan yang tidak dijangka pada prasarana sistem komputer. Pihak yang menjalankan ujian akan memaklumkan kaedah serangan atau penggodaman yang digunakan dan juga hasil yang diperoleh kepada pemilik sistem. Penyerang dianggap akan menggunakan semua pengendalian sistem dan mempunyai capaian ke semua dokumentasi sistem termasuk, reka bentuk, kod atur cara atau skema sistem. Penilai akan mengenakan kawalan dan perlindungan seperti yang biasanya diamalkan untuk mengawal pengguna lain. Sekiranya kelemahan sistem keselamatan ditemui, maka langkah pembaikan akan diambil untuk menyelesaikannya. |