Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pré.mis] | ڤريميس

Definisi : (prémis) sesuatu pernyataan dsb yg diandaikan (dianggap) sbg sesuatu yg benar utk tujuan membuat huraian yg membawa kpd sesuatu kesimpulan kelak; berpremiskan mempunyai atau mengguna­kan sesuatu sbg premis, berteraskan: puisi ini ~ lalang, tetapi lalang yg rapuh itu dijilat api. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pré.mis] | ڤريميس

Definisi : (prémis) bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan dsb: ~ perniagaan; firma itu telah berpindah ke ~ baru di Jalan Tun Razak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata premis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prescribed premisespremis yang ditetapkanKejuruteraanTiadaPremis yang tertakluk kepada prosedur pelesenan berdasarkan yuran efluen, termasuk premis yang menghasilkan getah asli dan minyak kelapa sawit.
on-site facilitykemudahan di tapakKejuruteraanTiadaKemudahan olahan yang terletak pada premis atau berhampiran premis tempat sisa dikeluarkan dan biasanya dikendalikan sendiri oleh firma berkenaan.
change in manufacturing sitepertukaran tapak pengilanganHerbaPeraturan dan PemasaranTindakan mengubah premis pengilangan suatu produk berdaftar dari premis asal produk didaftarkan ke premis yang baharu. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR) di Malaysia, kelulusan pertukaran tapak pengilangan untuk produk berdaftar diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Pemegang pendaftaran dan/atau pengilang adalah bertanggungjawab terhadap kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk-produk mereka. Terdapat lima jenis pertukaran tapak pengilangan, iaitu: i. Jenis I: pertukaran tapak premis dalam di negara; ii. Jenis II: pertukaran luar negara ke Malaysia; iii. Jenis III: pertukaran di luar negara; iv. Jenis IV: pertukaran untuk kategori khas produk; dan v. Jenis V: bagi situasi krisis. Jenis ll, lll, IV dan V, memerlukan permohonan pertukaran tapak pengilangan.
pawnshopkedai pajak gadaiEkonomiEkonomi IslamPremis yang dimiliki oleh pegadai untuk menjalankan kegiatan gadaian. Premis ini menyediakan tempat untuk penggadai menggadaikan barang gadaian, mendapatkan pinjaman, membayar upah simpan dan menebus barang gadaian. Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mensyaratkan premis ini menyediakan kemudahan peti besi dan alat pengujian. Kemudahan peti besi digunakan untuk menyimpan dan menjaga keselamatan barang gadaian, manakala alat pengujian seperti bahan kimia digunakan untuk menguji ketulenan barang gadaian.
argumenthujahMatematikTiadaSekumpulan pernyataan yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama yang dikenali sebagai premis merupakan pernyataan-pernyataan yang diberi (diketahui) dan bahagian kedua merupakan kesimpulan yang menyusul daripada premis. Jika sudut A dan sudut B dalam segi tiga ABC sama, maka AC = BC. [premis] Sudut A dan sudut B dalam segi tiga ABC adalah sama, [premis] Maka, AC = BC. [kesimpulan].
CPE (customer premises equipment)CPE (peralatan premis pelanggan)Teknologi MaklumatTiadaPeralatan yang terletak di premis pelanggan untuk membolehkan pelanggan menikmati kemudahan perkhidmatan. Peralatan ini dimiliki oleh pembekal perkhidmatan atau pelanggan sendiri. Contohnya kotak atas set, set telefon dan alat penerima ASTRO.
commercial burglarypecah masuk komersialKriminologiKeadilan JenayahTindakan memasuki premis komersial seperti pejabat, kedai, stor atau lain-lain tanpa izin pemilik premis, bertujuan untuk mencuri.
deductive approachpendekatan deduktifPsikologiPsikologi UmumKaedah membuat kesimpulan berdasarkan beberapa premis atau proposisi formal. Sesuatu hipotesis atau ramalan biasanya dibentuk dengan kaedah ini. Contohnya, individu melakukan beberapa premis sebelum membuat kesimpulan seperti jika A sama dengan B, B sama dengan C, maka A sama dengan C.
burglary takaful/theft takafultakaful kecurianEkonomiEkonomi IslamSkim yang memberi perlindungan takaful kepada peserta sekiranya harta benda peserta hilang atau rosak akibat kecurian atau pecah rumah. Skim ini diterima pakai untuk rumah kediaman dan juga premis komersial. Pampasan diberi bukan sahaja terhadap kehilangan tetapi kerosakan harta benda akibat tindakan ganas pencuri terhadap premis yang dilindungi. Premis yang dilindungi tidak termasuk halaman, taman, beranda dan bangunan luar atau apa-apa peralatan berkaitan.
radioactive contamination insuranceinsurans kontaminasi radioaktifinsuransTiadaPerlindungan yang boleh ditambah kepada polisi harta untuk melindungi sesetengah risiko yang tidak ada reaktor nuklear atau bahan api di premis yang mungkin rosak akibat pencemaran daripada bahan lain di premis insured.
12345678910...

Kembali ke atas