Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pré.mium] | ڤريميوم

Definisi : (prémium) 1. (Eko) sejumlah wang dibayar secara tetap kpd syarikat insurans bagi sesuatu polisi insurans; 2. bayaran tam­bahan yg dibuat bagi sesuatu; 3. (Eko) amaun nilai saham yg lebih tinggi drpd harga tawaran asal (nilai tara) apabila saham itu mula di­senaraikan di Bursa Saham: syarikat itu mencatatkan ~ sebanyak 50 sen apabila dibuka pd harga RM2.00 berbanding dgn harga tawaran asalnya RM1.50 sesaham; 4. bermutu dan harganya lebih mahal sedikit (bkn sesuatu produk dsb): dia lebih suka menggunakan minyak petrol ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pré.mium] | ڤريميوم

Definisi : /prémium/ 1 wang yg diberikan sbg hadiah kerana melakukan kerja dgn baik dll; wang sagu hati. 2 wang insurans yg dibayarkan kpd syarikat insurans kerana memiliki sesuatu polisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata premium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deferred premiumpremium tertundainsuransTiadaPremium insurans hayat yang belum dibayar. Penundaan pembayaran premium hanya dibenarkan untuk bentuk bayaran premium yang lain daripada premium tahunan.
return premiumpremium pulanganinsuransTiadaBahagian premium yang dikembalikan kepada pemegang polisi kerana pembatalan, perubahan kadar atau apabila premium pendahuluan adalah melebihi premium sebenar.
net annual premiumpremium tahunan bersihinsuransTiada1. Amaun premium tahunan selepas ditolak komisen ejen. 2. Premium tulen yang perlu dibayar untuk membiayai kerugian yang dijangka. 3. Premium asal selepas ditolak dividen. Premium ini dibayar atau yang dijangka bagi insurans hayat sertaan apabila insured memilih untuk menggunakan dividennya bagi membayar premium.
adjusted premium methodkaedah premium terlarasinsuransTiadaKaedah pengiraan premium yang premium permulaan dikenakan pada awal tempoh perlindungan dan diselaraskan pada akhir tempoh perlindungan untuk mendapatkan premium sebenar.
net premiumpremium bersihinsuransTiada1. Amaun premium yang telah ditolak komisen ejen. 2. Premium yang perlu untuk melindungi hanya kerugian yang dijangka sebelum ditambah bebanan bagi perbelanjaan lain. 3. Premium asal yang ditolak dividen berbayar atau dijangkakan bagi polisi insurans hayat penyertaan yang insured memilih untuk menggunakan dividen untuk membayar premium.
unearned premiumpremium tidak terperolehinsuransTiadaBahagian premium asal belum menjadi hak insurer dan sekiranya polisi dibatalkan, maka bahagian tersebut dikembalikan kepada empunya polisi. Contoh: dalam hal premium tahunan, selepas satu bulan tempoh premium terdapat 11/12 daripada premium tersebut yang masih belum terperoleh.
installment premiumpremium ansuraninsuransTiadaPremium insurans hayat yang dinyatakan sebagai premium tahunan tetapi dibayar lebih kerap. Jumlah premium tahunan ini mesti dijelaskan walaupun kematian berlaku, jika terdapat beberapa ansuran yang masih belum dibayar.
installment premiumpremium ansuranPentadbiran PerniagaanTiadaPremium insurans hayat yang dinyatakan sebagai premium tahunan tetapi dibayar lebih kerap. Jumlah premium tahunan ini mesti dijelaskan walaupun kematian berlaku, jika terdapat beberapa ansuran yang masih belum dibayar.
standard premiumpremium standardinsuransTiadaPremium yang terdapat dalam insurans pampasan pekerja yang dikira berdasarkan kadar yang digunakan sebelum premium diselaraskan di bawah diskaun premium atau pengkadaran retrospektif.
underlying premiumpremium pendasarinsuransTiadaPremium syarikat mengesid yang digunakan untuk menetapkan premium reinsurans.
12345678910...

Kembali ke atas