Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pré.sin] | ڤريسين

Definisi : (présint) kawasan kecil dlm bandar yg ditentukan sempadannya berdasarkan ciri-ciri dominan kawasan tersebut utk tujuan peran­cangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pré.sin] | ڤريسين

Definisi : /présint/ kawasan kecil dlm bandar yg ditentukan sempadannya berdasarkan ciri-ciri dominan kawasan tsb utk tujuan perancangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata presint


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
precinctkawasanSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bahagian dari wilayah atau daerah kecil yang mempunyai sempadan yang jelas, dibahagi berasaskan fungsi pentadbiran, seperti kawasan pilihan raya, kawasan pengawasan polis atau kawasan mukim pentadbiran penghulu. Terdapat beberapa kawasan dalam satu wilayah yang lebih besar yang dibahagi mengikut fungsi pentadbiran ini yang lerletak bersebelahan atau berdekatan antara satu dengan yang lain. Satu kawasan ini mempunyai penduduk, sekolah, tempat ibadat, pasar dan kawasan perniagaannya sendiri. Contohnya, bangunan pentadbiran utama termasuk Pejabat Perdana Menteri terletak dalam Presint 1 Putrajaya.

Kembali ke atas