bandwidth feedback | maklum balas lingkungan | Sains Sukan | Biomekanik | Penyampaian maklum balas prestasi lakuan berdasarkan lingkungan kriteria prestasi yang telah ditetapkan. Contohnya, dalam sukan memanah, lingkungan kriteria prestasi yang ditetapkan adalah antara skor 30 hingga 40. Maklum balas akan diberikan kepada pemanah jika prestasi berada dalam lingkungan skor tersebut, tetapi sebaliknya jika prestasi pemanah tersasar daripada lingkungan ini, maklum balas tidak akan diberikan kepada pemanah tersebut. |
environmental performance indicator | penunjuk prestasi alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Hasil pengkuantitian prestasi alam sekitar dengan dasar sesebuah negara. Penunjuk prestasi alam sekitar diukur berpandukan dasar yang merangkumi perlindungan kesihatan manusia dan perlindungan ekosistem. |
breeding value | nilai pembiakbakaan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Nilai bagi suatu sifat yang tertentu pada seekor haiwan ternakan dalam program pembiakan. Umumnya, nilai pembiakbakaan dianggarkan sebagai dua kali prestasi jangkaan bagi anak. Penentuan nilai pembiakbakaan berdasarkan rekod prestasi haiwan tersebut serta prestasi waris terdekat. |
environmental performance tool | pengukur prestasi alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Instrumen yang digunakan untuk mengukur prestasi alam sekitar. Contohnya, ISO 14001:2015 dan Ekopengurusan dan Skim Audit EU (EMAS). |
engine performance | prestasi enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Keadaan enjin ketika beroperasi atau berfungsi dalam pelbagai keadaan seperti yang diingini oleh pemandu. Prestasi enjin yang baik bermakna enjin mampu menghasilkan respons yang baik mengikut masukan yang diberikan oleh pemandu. Enjin berprestasi baik boleh dicapai sekiranya kenderaan diselenggarakan dengan sempurna dan mengikut jadual penyelenggaraan. Lihat juga penalaan enjin. |
contract bond | bon kontrak | insurans | Tiada | Bon yang menjamin prestasi pelaksanaan dan pembayaran kos buruh serta bahan yang berkaitan dengan sesuatu kontrak binaan. Bon pertama dikenali sebagai bon prestasi dan yang kedua ialah bon pembayaran. |
shift-share analysis | analisis sisih-agih | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu kaedah analisis ekonomi wilayah yang dibuat untuk mengukur prestasi ekonomi wilayah berkenaan dengan menggunakan petunjuk statistik pekerjaan dalam satu industri berbanding dengan prestasi pertumbuhan pekerjaan dalam industri yang sama dalam wilayah yang lebih besar. |
high performance liquid chromatography (HPLC) | kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC) | Herba | Pemiawaian | Kromatografi yang menggunakan campuran dua pelarut organik atau lebih, akueus dan bahan tambah sebagai fasa gerak dan fasa pegun yang terdiri daripada pepejal yang dimampatkan dalam satu turus. Fasa gerak dilalukan menerusi turus ini dengan bantuan tekanan tinggi. Sampel diaplikasikan secara suntikan pada permulaan fasa pegun. Pengesanan sebatian dilakukan dengan mengalirkan fasa gerak dari turus ke alat pengesan yang berasaskan penyerapan sinar ultralembayung atau pengukuran indeks refraktif atau pengesanan penyelerakan cahaya sejatan. Kaedah ini sering digunakan dalam pemiawaian sebatian bermanfaat dalam ekstrak herba untuk mendapatkan profil sebatian kimia. Sebagai contoh, produk herba tongkat ali (Eurycoma longifolia) dipiawaikan dengan kandungan eurikomanon sebanyak 10% melalui kaedah kromatografi cecair prestasi tinggi. |
portfolio performance | prestasi portfolio | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
performance bond | bon prestasi | insurans | Tiada | Di bawah bon ini, seseorang diberi jaminan bahawa kerja-kerja yang ditugaskan akan disiapkan mengikut syarat kontrak. |