Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : asas atau dasar (yg menjadi pokok seĀ­suatu pemikiran, kajian, tindakan, dll), hukum (sesuatu teori dll): utk membuka kedai sendiri, seseorang itu haruslah mengetahui ~-~ perniagaan; dgn langkah ini maka tertubuhlah ~ bahawa kerajaan bertanggungjawab membela orang yg menderita; pd ~nya pd dasarnya; berprinsip mempunyai prinsip: seorang tokoh politik yg ~; berprinsipkan menggunakan (sesuatu) sbg prinsip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg menjadi dasar atau pegangan: pd ~nya pd dasarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
prinsip (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan asas, dasar, rukun, lunas, sendi, tonggak, lunas, teras, tunjang, pegangan, sandaran, landasan, pokok.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
legal principle of life insuranceprinsip undang-undang insurans hayatinsuransTiadaPrinsip-prinsip yang melandasi kontrak insurans yang dibuat di antara insurer dan insured. Prinsip ini adalah tertakluk kepada undang-undang kontrak biasa dan juga prinsip-prinsip khusus untuk insurans. Contohnya prinsip penuh percaya mutlak.
spiritual distressdistres rohaniKejururawatanTiadaStres yang bercanggah dengan prinsip-prinsip hidup.
constitutional democracydemokrasi berperlembagaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip yang telah digariskan dalam perlembagaan. Secara umumnya, proses pemerintahan dalam sistem ini dibahagikan kepada tiga institusi yang utama iaitu eksekutif, kehakiman dan perundangan. Setiap satu institusi mempunyai bidang tugas dan skop pentadbiran yang telah ditetapkan dalam perlembagaan. Dalam menjalankan fungsi masmg-masing, ketiga-tiga institusi ini mesti berpandukan kepada peraturan dan bidang kuasa yang telah termaktub dalam perlembagaan tersebut. Sebarang tugas atau pentadbiran yang bertentangan dengan perlembagaan dilihat sebagai menyalahi peraturan. Sementara itu, penyertaan, kebebasan dan persaingan politik juga perlu berpandukan kepada peraturan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan negara tersebut. Contoh negara demokrasi berperlembagaan ialah Malaysia, New Zealand, Australia dan Denmark.
deontologydeontologiKejururawatanTiadaTeori etika yang menekankan bahawa tindakan yang diambil adalah berdasarkan sesuatu peraturan dan prinsip-prinsip seperti kepercayaan keagamaan, sosial, peribadi dan undang-undang.
whiggeryprinsip whiggsSains PolitikPolitik PerbandinganPrinsip perjuangan yang mengurangkan kuasa raja atau istana dan mendesak kepada peluasan kuasa parlimen. Gerakan ini bermula di Great Britain pada abad ke-17 dan kemudian ideanya meluas ke Amerika Syarikat serta mendorong kepada gerakan kemerdekaan Amerika Syarikat. Prinsip ini tidak menolak kehadiran institusi raja tetapi mahukan kedudukannya terbatas kepada urusan rasmi yang minimum. Tindakan Oliver Cromwell yang menghukum raja yang bersalah di Great Britain pada abad ke-17 dahulu merupakan contoh jelas prinsip Whiggs ini cuba direalisasikan.
reversibility principleprinsip kebolehbalikanSains SukanBiomekanikPrinsip yang menyatakan bahawa kebolehbalikan latihan akan berlaku apabila atlet berhenti berlatih selepas 72 jam sesi latihan terakhir. Hal ini bermakna, tahap kecergasan atlet akan mula menurun ke tahap kecergasan seperti sebelum latihan. Atlet perlu merancang masa latihan dan rehat yang sesuai supaya kesan kebolehbalikan yang merugikan tahap kecergasan tidak menjejaskan kesan latihan yang terdahulu.
specificity principleprinsip kekhususanSains SukanBiomekanikPrinsip yang menyatakan bahawa setiap jenis atau kaedah latihan akan memberi kesan kepada satu komponen kecergasan. Hal ini demikian kerana tiada satu kaedah khusus yang dapat meningkatkan semua komponen kecergasan. Ketika memilih kaedah latihan fizikal, atlet perlu memilih latihan yang khusus dan sesuai supaya usaha tersebut memberi kesan dan manfaat kepada komponen kecergasan yang ingin ditingkatkan.
tranquility principleprinsip ketenanganTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPrinsip yang digunakan dalam model Bell-La Padula yang mengatakan bahawa klasifikasi keselamatan yang diberikan kepada suatu subjek, seperti pengguna atau objek, seperti cakera tidak akan berubah apabila dirujuk atau digunakan dalam suatu aktiviti.
overload principleprinsip lebih bebanSains SukanBiomekanikPrinsip yang menyatakan bahawa sesuatu latihan perlu dilakukan dengan beban yang melebihi keupayaan biasa atlet. Penambahan beban latihan perlu dilakukan secara beransuransur supaya tubuh atlet dapat bertindak balas dan membuat penyesuaian terhadap rangsangan baharu yang diberikan. Penyesuaian terhadap beban latihan yang baharu akan meningkatkan tahap kecergasan atlet.
Allen's ruleprinsip AllenBiologiTiadaPrinsip yang menyatakan bahawa di kawasan sejuk, mamalia menunjukkan kecenderungan untuk mempunyai unjuran, seperti kaki, ekor, dan telinga yang masing-masing lebih pendek daripada mamalia yang serupa yang mendiami kawasan yang lebih panas. Dengan cara ini mamalia di kawasan sejuk boleh menyesuaikan diri untuk menyimpan haba.
12345678910...

Kembali ke atas