Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.ak.tif] | ڤرواکتيف

Definisi : bkn sikap positif (individu, institusi dll) merangka atau melakukan sesuatu tin­dakan (setelah difikir masak-masak) jauh lebih awal drpd berlakunya sesuatu perkara yg sememangnya memerlukan tindakan yg berkenaan (tindakan tidak dilakukan hanya setelah sesuatu hal itu berlaku): kerajaan negeri akan mengambil pendekatan ~ utk menjayakan projek yg dirancang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.ak.tif] | ڤرواکتيف

Definisi : bersikap positif dgn merangka dan mengawal tindakan yg dilakukan jauh lebih awal drpd jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian: Mereka mesti ~ dlm menjalankan tugas masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata proaktif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
design for manufacturing (DFM)reka bentuk perkilangan (DFM)Teknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauReka bentuk proaktif untuk mengoptimumkan semua fungsi yang merangkumi perolehan, pembuatan, pengumpulan, pengujian, penghantaran, perkhidmatan dan pembaikan. Reka bentuk perkilangan bertujuan untuk memastikan pengurangan kos, jaminan kualiti, kebolehpercayaan, pematuhan terhadap peraturan, keselamatan, pasaran, dan kepuasan pelanggan dapat dicapai.
preventative actiontindakan pencegahanHerbaPeraturan dan PemasaranTindakan yang diambil untuk menghalang kebarangkalian kejadian yang tidak diingini daripada berlaku pada masa akan datang. Tindakan pencegahan dikenal pasti dan diperoleh daripada cadangan audit dalaman atau aduan pelanggan. Tindakan ini merupakan proses proaktif untuk menambah baik dan memberi respons pantas terhadap masalah atau aduan. Tindakan pencegahan melibatkan kajian semula prosedur operasi, analisis data, trend dan risiko serta keputusan pengujian kecekapan.

Kembali ke atas