Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.duk.tif] | ڤرودوکتيف

Definisi : 1. berupaya atau boleh mengeluar­kan hasil yg banyak: perumahan boleh dianggap sbg industri ~ negara; penulis skrip yg ada sekarang adalah dlm peringkat umur yg ~; 2. mencapai banyak hasil, berhasil: perbincangan kami pd petang itu sangat ~; 3. berupaya membiak, melahirkan anak atau menyebabkan kelahiran, subur: umur ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.duk.tif] | ڤرودوکتيف

Definisi : banyak mengeluarkan hasil (karya dsb): Beliau sangat ~ dan banyak menghasilkan novel. 2 berupaya membiak, melahirkan anak, atau menyebabkan kelahiran; subur: tempoh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
produktif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan berhasil, subur, banyak, lebat, berlimpah-limpah.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unproductive labourburuh tak produktifEkonomiTiadaBuruh yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran barang-barang ketara. Mengikut Adam Smith, buruh tak produktif termasuk buruh yang terlibat dalam perkhidmatan seperti tentera, pekerja gereja, peguam, pelukis, kerani dan pentadbir. Pengelasan Adam Smith ini tidak berasas kerana perkhidmatan juga merupakan barang ekonomi dalam bentuk output tak ketara, tetapi mengikut pendapat mutakhir buruh yang terlibat dalam perkhidmatan dianggap buruh produktif.
productive coughbatuk produktifKejururawatanTiadaBatuk yang disertai dengan pengeluaran kahak yang banyak daripada bronkus. Sinonim: wet cough.
non productive coughbatuk tak produktifKejururawatanTiadaBatuk yang tidak mengeluarkan kahak daripada bronkus. Sinonim: dry cough
transfer paymentbayaran pindahanEkonomiTiadaBayaran yang dibuat bukan berasaskan perkhidmatan produktif penerima, yang tidak mendatangkan pulangan dalam bentuk wang kepada pembayarnya. Misalnya, bayaran kebajikan, bayaran pencen, dan bantuan asing. Bayaran ini merupakan salah satu cara mengagihkan semula pendapatan kepada orang miskin.
environmental conscious manufacturingperkilangan peka alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPembuatan produk yang memberi tumpuan kepada penggunaan bahan mentah dan sumber semula jadi secara efektif dan produktif. Perkilangan peka alam sekitar biasanya dapat meminimumkan kesan negatif terhadap pekerja dan alam sekitar.
nucleus herdkumpulan nukleusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProgram mengembangbiakkan peningkatan baka terpusat dalam memilih haiwan yang terbaik dari ladang-ladang bekalan untuk diselenggarakan bagi tujuan menghasilkan haiwan yang lebih produktif. Sebagai contoh, 200 ekor haiwan betina elit dipilih untuk membentuk kumpulan nukleus dan dikawankan dengan jantan terpilih bagi menghasilkan generasi berikutnya. Proses ini akan mengakibatkan satu pertambahan progresif prestasi purata gerompok nukleus daripada generasi kepada generasi.
economicsekonomiEkonomiTiada1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan.

Kembali ke atas