Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.fil] | ڤروفيل

Definisi : 1. bentuk atau gambaran sesuatu se­bagaimana yg dilihat dr sisinya; ~ sungai bahagian (gambaran) yg menunjukkan cerun (aliran) sungai dr hulunya ke muaranya; ~ tanah bahagian (gambaran) yg menunjukkan berbagai-bagai lapisan tanah; 2. gambaran yg menunjukkan (membayangkan) kedudukan (peranan dsb) sesuatu pd sesuatu masa: penulis mengalihkan perhatiannya kpd ~ bahasa di negara ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata profil


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
profile paperkertas profilKejuruteraanTiadaKertas dengan segi empat sama tempat profil-profil aras tanah boleh dilukiskan.
valley profileprofil lembah; profil lurahGeologiTiadaTiada
soil profileprofil tanah; profil tanihGeografiTiadaTiada
soil profileprofil tanah; profil tanihKejuruteraanTiadaTiada
soil profileprofil tanah; profil tanihPertanianTiadaTiada
profil perduprofil perduKesenianTiadaGambar kepala manusia dari belakang sisi yang hanya memperlihatkan kontur pipi, dagu dan belakang leher.
die swellpembengkakan daiKejuruteraanPolimerProfil penyemperitan polimer yang mempunyai garis pusat profil yang lebih besar daripada garis pusat dai. Pembengkakan profil polimer ini adalah disebabkan oleh tindakan ricih yang tinggi di dalam dai. Sin. kesan Barus.
transition lengthpanjang peralihanKejuruteraanKejuruteraan KimiaJarak bendalir yang perlu mengalir untuk mencapai profil aliran parabola daripada profil aliran palam bagi aliran di dalam tiub atau paip yang boleh dianggarkan sebagai L/D = 0.05 Re, dengan L = panjang peralihan, D = garis pusat paip, Re = nombor Reynolds.
energy profileprofil tenagaKimiaTiadaGambar rajah yang menggambarkan perubahan tenaga sesuatu sistem semasa tinak balas berlaku. Profil tenaga diperoleh dengan memplotkan tenaga zarah yang bertindak balas melawan koordinat tindak balas atau laluan tindak balas. SILA RUJUK GAMBAR RAJAH DI M/S 155 Profil Tenaga
gradient profileprofil kecerunanGeografiTiadaProfil yang menunjukkan kecuraman bahagian - bahagian tertentu permukaan sesebuah cerun.
12345678910...

Kembali ke atas