community action program | program tindakan komuniti | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Projek atau usaha strategik yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah untuk pembangunan masyarakat secara berkesan. Pada asalnya tujuan utama program tindakan komuniti adalah untuk membantu golongan miskin di bandar-bandar bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Kemudian program ini dikembangkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah agar mereka dapat hidup dengan lebih selesa lagi pada zaman moden ini. Program tindakan komuniti ini menggalakkan penglibatan masyarakat tempatan secara sukarela untuk memperbaiki kualiti kehidupan mereka. Contohnya, KEMAS dan Gerakan Desa/Daya Wawasan (GDW) merupakan satu program tindakan komuniti yang diperkenalkan oleh pihak pemerintah bagi membantu masyarakat meningkatkan taraf hidup mereka, khususnya di kawasan luar bandar. |
action program | program tindakan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Aktiviti atau langkah yang dilaksanakan berdasarkan peraturan tertentu bagi memenuhi dan mencapai objektif yang ditetapkan dalam sesebuah organisasi. Pelaksanaan program tindakan biasanya bertujuan untuk mengelak, mencegah atau mengatasi sesuatu perkara yang boleh menimbulkan krisis, risiko, konflik dan sebagainya. Program tindakan juga bersifat sebagai satu langkah susulan yang dilaksanakan selepas mendapat maklumat atau laporan tentang sesuatu kejadian yang telah berlaku. Contohnya, perintah berkurung dan rapat umum merupakan satu program tindakan yang berkesan bagi mencegah merebaknya sesuatu rusuhan dan sebagainya. |
intervention program | program intervensi | Pendidikan | Tiada | Program yang direka bentuk untuk mempertingkatkan keadaan atau tugas yang bermasalah,lemah dan mempunyai kekurangan. |
action program | program tindakan | Pentadbiran | Tiada | Program terperinci yang menerangkan perkara yang perlu dilakukan, orang yang akan melakukannya dan cara keputusan dan tindakan dilaksanakan. |
programme implementation | pelaksanaan program | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Cara atau kaedah sesebuah program yang dirancang dilaksanakan dengan sempurna. Pelaksanaan program melibatkan pematuhan prosedur bermula daripada kelulusan program sehingga ke peringkat penilaian. Selain itu, pelaksanaan program juga melibatkan penyelarasan aktiviti dan pemantauan. Proses pelaksanaan program ini melibatkan masyarakat dan pentadbir atau pelaksana program. Contohnya ‘Kempen Anti Dadah’ yang merupakan satu program mega daripada kerajaan untuk membanteras najis dadah di kalangan remaja khasnya dan masyarakat umum amnya. Justeru pelaksanaan program atau kempen ini bukan sahaja memerlukan sokongan berterusan pihak kerajaan malah sokongan dan keprihatinan masyarakat. Seandainya tidak wujud kolaborasi yang mantap di antara kerajaan dan masyarakat, sebarang bentuk program yang dilaksanakan tidak akan mencapai kejayaan. |
rehabilitation program | program pemulihan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan atau usaha yang dilaksanakan untuk memulihara, memperbaiki dan menambahbaikkan sesuatu perkara dengan tujuan mencapai objektif atau matlamat. Antara tindakan yang biasanya diambil dalam program pemulihan ialah mengenal pasti kelemahan, memperkemas perancangan, menambah kekuatan, memperkukuh belanjawan, memantap pengurusan penyenggaraan, memastikan sasaran dan meninjau peluang. Program pemulihan bukan hanya tertumpu kepada masalah sosial masyarakat seperti penagihan dadah, pelacuran, vandalisme semata-mata, ia juga merangkumi projek-projek terbengkalai kerajaan atau pihak lain, penyusunaturan semula pengurusan dan pentadbiran organisasi serta sumber manusia. |
cost analysis of health program | analisis kos program kesihatan | Kejururawatan | Tiada | Penilaian perbelanjaan sesuatu program kesihatan berdasarkan jumlah wang yang dibelanjakan dengan keberkesanan hasil program. |
programme management | pengurusan program | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Cara atau kaedah bagaimana sesuatu program ditadbir, diurus dan dikawalselia supaya ia dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pelbagai pihak terlibat dalam pengurusan program, bermula daripada pihak perancang, bahagian kewangan, pelaksana dan bahagian pemantauan program. Pengurusan program yang berkesan bukan sahaja dapat mempertingkat kualiti perkhidmatan, malah daya saing dan kemantapan sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun, pengurusan program sentiasa berhadapan dengan risiko kerugian sekiranya tidak ditangani dan dikawal dengan rapi dan sempurna. |
social security program | program keselamatan sosial | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Aktiviti, usaha atau tindakan yang dilaksanakan oleh pemerintah dalam bentuk perkhidmatan sosial bagi tujuan keselamatan dan perlindungan. Antara aktiviti yang diberikan penekanan termasuklah perlindungan dari segi isu-isu kemiskinan, warga emas, kecacatan, pengangguran, kekeluargaan, kanak-kanak dan lain-lain lagi. Keselamatan sosial selalunya merujuk kepada skim hak milik formal, iaitu kebajikan masyarakat. Keselamatan sosial juga melibatkan insurans sosial, penyelenggaraan pendapatan dan perkhidmatan. Contohnya, program penyusunan semula masyarakat setinggan, RELA dan polis bantuan. |
postpartum program | program postpartum | Kependudukan | Tiada | Tiada |