Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.jék] | ڤروجيک

Definisi : (projék) 1. rancangan kerja atau akti­viti pembangunan yg hendak dijalankan atau sedang dijalankan: ~ perumahan; ~ pengairan; 2. kajian terperinci tentang sesua­tu bidang atau subjek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.jék] | ڤروجيک

Definisi : /projék/ rancangan atau usaha utk membangunkan (mengerjakan) sesuatu: ~ pembinaan jalan raya timur-barat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata projek


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pork-barrel legislationundang-undang pork-barrelSains PolitikPolitik PerbandinganUsul legislatif yang diluluskan bagi memperuntukkan perbelanjaan kerajaan untuk melaksanakan projek-projek dalam kawasan pilihan raya tertentu. Melalui undang-undang ini, anggota dewan berusaha membawa projek ke kawasannya seperti projek pangkalan tentera, kemudahan pengangkutan, pusat pentadbiran daerah, hospital besar atau universiti untuk memastikan kawasannya menjadi lebih maju. Secara tidak langsung projek ini memberi prospek untuk wakil rakyat kawasan tersebut terpilih dalam pilihan raya akan datang. Usul ini biasanya turut disokong oleh anggota lain dalam dewan perundangan. Undang-undang pork-barrel juga sering dirujuk dalam konteks politik Amerika Syarikat.
project planningperancangan projekPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPenyusunan peringkat pelaksanaan sesebuah projek yang bertujuan untuk kelancaran projek.
project organizationpengendalian projekPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaTatacara pelaksanaan projek yang dijalankan secara teratur bagi mencapai kecekapan dan kelicinan projek.
agricultural policydasar pertanianEkonomiTiadaDasar pembangunan sektor pertanian yang meliputi pembaikan institusi dan struktur pertanian seperti corak milik tanah, kredit, pengeluaran, pemasaran, dan sokongan pertanian. Dasar ini bertujuan untuk menstabilkan harga keluaran pertanian dan meningkatkan pendapatan petani. Dasar ini melibatkan perencanaan dan peruntukan pembangunan untuk sektor pertanian, pelaksanaan projek-projek pertanian, sokongan dan pengawalan.
cost benefit analysisanalisis kos-faedahEkonomiTiadaKaedah yang digunakan untuk menilai keberuntungan sesuatu projek. Analisis ini melibatkan penilaian terhadap faedah sesuatu projek berbanding dengan kos pelaksanaannya. Analisis kos faedah melibatkan lima langkah, iaitu: i) Mengenal pasti semua kesan projek seperti perubahan tingkat output harga, pendapatan, dan persekitaran; ii) Membuat anggaran kuantitatif terhadap kesan tersebut; iii) Memberi nilai wang kepada kesan tersebut; iv) Menjumlahkan kesan-kesan tersebut mengikut masa melalui suatu pendekatan yang mendiskaunkan faedah dan kos masa depan; dan v) Menentukan kepekaan hasil kajian terhadap perubahan nilai pemboleh ubah dan parameter.
pilot projectprojek perintisPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProjek awal berskala kecil yang dijalankan secara percubaan untuk mendapat maklum balas terutamanya tentang idea atau pendekatan baharu supaya aktiviti itu boleh dilaksanakan pada skala yang lebih besar.
project-based learningpembelajaran berasaskan projekTeknologi Maklumate-PembelajaranKaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelaksanaan sesebuah projek yang autentik, kompleks dan mencabar bagi membantu pelajar memahami konsep, fakta dan pengetahuan serta meningkatkan kemahiran yang berkaitan dengan objektif pembelajaran.
Project Evaluation and Review Technique (PERT)Teknik Penilaian dan Kajian Semula ProjekPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu teknik analisis khusus untuk menilai dan mengkaji semula pencapaian projek.
critical path method (CPM)kaedah laluan kritisPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKaedah pelaksanaan projek yang berasaskan jaringan aktiviti mengikut urutan dan penjadualan masa bertujuan untuk melicinkan dan mengawal penyiapan projek.
makerspaceruang reka ciptaUmumTiadaTempat khas bagi individu/kumpulan yang memiliki minat yang sama dalam projek buatan sendiri dengan memanfaatkan ruang untuk mereka cipta dan melaksanakan projek mereka di samping berkongsi idea, peralatan dan pengetahuan dalam bidang pengkomputeran, teknologi dan pertukangan.
12345

Kembali ke atas