Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.lé.tar] | ڤروليتر

Definisi : IB orang yg hidupnya mengambil upah dgn memberi tenaga, memburuh; kaum ~ kaum yg hidupnya memburuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.lé.tar] | ڤروليتر

Definisi : orang yg hidupnya mengambil upah dgn memburuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata proletar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
petit bourgeoisborjuis kecilSains PolitikPolitik PerbandinganKelas dalam masyarakat yang berada di pertengahan antara proletar dan borjuis. Mereka terdiri daripada golongan sederhana seperti pekedai, petani yang memiliki tanah dan berupaya bekerja sendiri, golongan yang menghasilkan pertukangan dan mengusahakan pengeluaran kecil. Golongan ini bukan merupakan buruh kerana tidak bekerja dengan orang lain dan bukan juga borjuis kerana tidak mengeksploitasi tenaga buruh lain. Karl Marx menyatakan bahawa kelas borjuis kecil terdedah kepada proses pemproletaran yang dikuasai oleh borjuis yang lebih kaya dan lama-kelamaan akan terhapus. Contohnya, golongan usahawan kecil seperti pekedai dan peraih. Sinonim borjuis bawahan.
revisionistrevisionisSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan yang mentafsir semula sesuatu ideologi yang biasanya dikaitkan dengan ideologi komunisme atau sosialisme. Salah satu golongan yang utama ialah gerakan sosialisme Marxian yang menilai semula pemikiran Marxis berhubung dengan revolusi proletar. Gerakan ini mula mencadangkan perubahan masyarakat secara evolusi dan bukannya secara revolusi setelah melihat revolusi industri England gagal membawa sebarang revolusi proletar seperti yang dianjur oleh Marx. Golongan ini mula memikirkan kembali kekuatan teori tersebut dan mencadangkan pindaan seperti konsep polisentrisme yang dianjurkan oleh Togliatti dan Bernstein. Mereka mahukan suatu gagasan yang lebih realistik kesan daripada perubahan keadaan terutamanya sifat bekerja, sikap pemodal dan kedudukan buruh yang lebih baik.
proletarianizationpemproletarianSains PolitikPolitik PerbandinganProses menjadikan seorang buruh semakin miskin dan rendah dalam kedudukan kelas masyarakat kapitalis. Proses ini melihat golongan kapitalis atau borjuis mengambil keuntungan yang lebih besar secara berterusan dengan mengurangkan kos pengeluaran melalui pemberian upah buruh yang semakin kecil. Pengurangan upah yang berterusan ini akan mengakibatkan pekerja biasa turut termasuk dalam kelas proletar sehingga menjadikan kedudukannya sebagai proletar yang semakin miskin. Keadaan ini menjelaskan sifat ekstrem kapitalisme seperti yang diperkenalkan oleh Karl Marx dalam teori kelas beliau yang menyatakan bahawa orang kaya menjadi lebih kaya manakala orang miskin menjadi semakin miskin.
revolutionrevolusiSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan besar-besaran yang mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial sesebuah masyarakat. Gerakan lazimnya berlaku dari bawah atau digerakkan oleh masyarakat kelas bawahan khususnya golongan tani. Golongan yang tertindas akan melancarkan revolusi bagi mengubah sistem yang begitu mencengkam. Walaupun pernah muncul idea Marx mengenai revolusi proletar yang mungkin meletus, namun idea ini tidak menjadi realiti. Sebaliknya revolusi yang berlaku di dunia hanya bergerak dalam masyarakat tani seperti di China, Cuba, Vietnam dan Cambodia. Revolusi yang menukarkan sistem politik ini boleh berlaku kepada sistem beraja ataupun republik. Meskipun terdapat perbincangan mengenai revolusi daripada golongan atasan seperti yang berlaku di Jerman di bawah Hitler, namun penggunaan istilah revolusi lebih banyak merujuk kepada revolusi dari bawah. Revolusi kemudiannya membentuk satu masyarakat baru yang berbeza dengan struktur lama.
Marxism-Leninismfaham Marx-LeninSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman komunis yang dikembangkan oleh Lenin dari doktrin Marx berhubung dengan revolusi komunis yang menggabungkan kelas pekerja, pemimpin pekerja dan petani. Pemikiran ini wujud kerana kegagalan gagasan Marx dalam melahirkan masyarakat komunis secara dialektik materialisme semula jadi. Marx meramalkan golongan buruh ini akan melancarkan revolusi proletar untuk menjatuhkan kelas kapitalis lalu membentuk satu masyarakat tanpa kelas. Lenin kemudiannya mengubah suai fahaman Marx dan membentuk sebuah parti politik di Rusia untuk menggerakkan kelas bawahan gabungan buruh dan petani bagi melancarkan revolusi memperbaik kedudukan mereka. Antara pindaan penting yang dibual oleh Lenin ialah penampilan peranan parti politik, penonjolan kelas tani serta peranan sekumpulan kecil elit yang mendorong kepada revolusi ini. Pemikiran ini merupakan pencetus revolusi di Rusia pada tahun 1917. Sinonim Marxisme-Leninisme.
antithesisantitesisSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan berlawanan secara langsung dengan sesuatu pernyataan atau sesuatu tesis. Konsep ini merupakan sebahagian daripada proses dialektik materialisme Marx yang menyatakan bahawa asas material sesuatu perkara itu berkembang berdasarkan suatu proses dialektik. Dalam proses ini, keadaan itu berkembang hasil daripada konflik antara satu tesis dengan antitesis. Konflik ini akan berakhir dengan suatu rumusan yang dipanggil sintesis. Sebagai contoh, keadaan kapitalisme melahirkan dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas buruh. Keadaan ini telah melahirkan penentangan buruh terhadap pemodal yang kemudiannya melancarkan revolusi proletar. Penentangan ini merupakan antitesis kepada keadaan kapitalisme tersebut. Konflik ini juga akan melahirkan suatu keadaan sintesis atau dalam ramalan Marx satu masyarakat tanpa kelas.
bourgeoisieborjuisSains PolitikPolitik PerbandinganKelas sosial yang wujud dalam masyarakat kapitalis. Istilah atau konsep borjuis ini berasal daripada bahasa Perancis yang dipinjam daripada perkataan Itali iaitu borghesia yang bermakna rumah golongan kaya yang berada di tengah-tengah perkampungan. Kelas borjuis mula muncul pada zaman pertengahan Itali melalui penguasaan terhadap faktor-faktor pengeluaran dan menjadi kaya berbanding dengan masyarakat di sekeliling mereka. Keadaan ini menjadikan mereka secara relatifnya lebih berkuasa dan berpengaruh sehingga setaraf dengan kelompok elit pemerintah atau golongan gereja pada ketika itu. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Karl Marx (1818-1883) bagi menghuraikan fenomena kelas sosial yang wujud dalam masyarakat kapitalis yang menguasai modal. Menurut Marx, golongan borjuis menguasai kelas bawahan iaitu kelas proletar (pekerja) secara dominasi dan memanipulasi tenaga kerja yang berlebihan dengan membayar upah yang rendah. Situasi ini dilihat oleh Marx sebagai satu bentuk penindasan golongan borjuis terhadap kelas pekerja.

Kembali ke atas